KUALA LUMPUR- ‘Muka saya tak tebal. Kalau orang tak jemput, saya tak pergi”.
Itu jawapan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook ketika ditanya sebab beliau dan partinya tidak membantu calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Beliau menafikan DAP tidak bermuafakat dengan parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam gerak kerja pilihan raya di PRK itu, sebaliknya menjelaskan, mereka tidak dijemput.
“Saya dah cakap, kita memang ada semangat muafakat. Kalau ada jemputan kita pergilah.
“Kalau tidak ada keperluan kita tidak pergi sebab ada pandangan, mungkin kita tidak diperlukan.
“Saya punya muka besar tapi tak tebal macam Dominic Lau (Presiden Gerakan). Kalau orang tak jemput, saya tak pergi,” katanya selepas Program Pematuhan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam di Stesen Penguat kuasa JPJ Gombak, lapor BH pada Selasa.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Fadly Ramli dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar .
Anthony mengucap selamat berjaya kepada calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi pengundian Sabtu minggu depan.
“Kita ucapkan selamat maju jaya kepada calon BN,” katanya.