Tanding Bebas, Ketua Bersatu Jerlun Dilucut Keahlian

- Advertisement -

JERLUN – Ketua Bahagian Bersatu Jerlun Abdul Ramli dilucut keahlian, susulan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi N03 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Siputeh.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu diambil selepas Abdul didapati melanggar Fasal 10.2.4 perlembagaan parti.

“Bersatu memandang serius isu pelanggaran disiplin dan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mensabotaj calon Perikatan Nasional (PN) dalam PRN kali ini.

“Bersatu sebelum ini juga memecat seorang ahli parti dari Bahagian Hulu Selangor dan menggantung keahlian dua yang lain, selama tiga tahun, disebabkan kesalahan sabotaj ketika kempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua jentera Bersatu diminta supaya terus fokus berkempen yang berbaki lima hari bagi memastikan kemenangan kepada semua calon PN yang bertanding.

“Semua ahli perlu fokus sepenuhnya memastikan kemenangan kepada calon PN, sama ada bertanding di bawah lambang PN atau PAS bagi menterjemahkan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan PH-BN,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Abdul bersedia dipecat daripada Bersatu apabila bertanding Bebas dan mengambil tindakan itu sebagai protes terhadap keputusan PN yang meletakkan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir sebagai calon kerusi terbabit.

Sebahagian daripada ahli Bersatu kawasan itu tampil membantah dan menolak pencalonan Mohd Ashraf atas alasan bukan anak tempatan.

Mohd Ashraf bagaimanapun menolak dakwaan berkenaan dan memaklumkan Jerlun adalah ibu bapanya dan dirinya pernah membesar di situ, sebelum berhijrah ke ibu negara selepas tamat pengajian. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat