Lingkupkan pengkhianat, pesan Anwar kepada pengundi Hulu Kelang

- Advertisement -

HULU KELANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin calon Pakatan Harapan (PH) Juwairiya Zulkifli mampu membenam Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di DUN Hulu Kelang.

Pengerusi PH itu menyatakan Juwairiya adalah tokoh yang tepat untuk mematahkan Azmin dengan mudah.

“Dekat Azmin ni kita hantar pemimpin wanita saja. Juwairiya patut bertanding tempat lain tapi saya fikir, tempat ini (Hulu Kelang) kita (PH) kena menang sebab itu kita letak tokoh yang mudah patahkan Azmin.

“Betul saya tak nafikan memang saya ambil keputusan, saya beritahu (Datuk Seri) Amirudin Shari hantar Juwairiya.

“Kita bukan setakat nak menang, kita nak di Hulu Kelang ajar orang khianat… kalau raja-raja dulu dia sula sampai mati seperti kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar,” kata Anwar dalam Jelajah Perpaduan Madani di Taman Permata Hulu Kelang, malam tadi.

Perdana Menteri menceritakan kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar yang mengaitkan Azmin yang mengkhianati beliau dan PKR.

“Si kitol khianat, tinggalkan perjuangan jual maruah kerana habuan jawatan, tak sabar. Takut kalau Anwar jadi Perdana Menteri dia tak akan ke mana-mana, tak sabar, tak ada tawakal, khianat.

“Sepanjang jadi menteri dok komplot dengan Tun Dr Mahathir Mohamad macam mana nak jatuhkan, nak gagalkan transisi daripada Mahathir ke Anwar.

“…dan dia rasa dia akan jadi Timbalan Perdana Menteri akhirnya terlingkup sampai ke bawah. Ahli Parlimen pun terlepas, sekarang gagah nak pertahan jadi ADUN Hulu Kelang,” bidas Anwar lagi.

Tambah Presiden PKR itu lagi, beliau akan mengenang jasa baik Juwairiya sekiranya berjaya menguburkan Azmin di Hulu Kelang.

“Saudara saya tak boleh janji lebih sebab ini kempen pilihan raya tapi kalau Juwairiya ADUN, saya nanti bagi dia akses terus kepada Pejabat Perdana Menteri kerana saya kenang jasa.

“Ini kerana sejarah Melayu menyebut orang yang khianat itu Si Kitol pertama dihukum mati, disula sampai mati, rumah dibakar hangus, tapak tanah dicangkul dicampak ke laut. Apa pengajarannya, menurut bangsa Melayu ialah anak Melayu diajar jangan layan, jangan izinkan pengkhianat dikalangan kita, ajar mereka.

“Dia boleh hina, dia boleh keji saya saya tak peduli ini adalah Sejarah Melayu dan yang lompat kita lingkupkan.

“Orang yang paling dibenci dalam budaya Melayu ialah orang yang jual maruah untuk kepentingan peribadi dan mudah-mudahan pengundi Hulu Kelang belajar pengajaran sejarah Melayu itu,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Anwar juga mengingatkan bahawa dalam pilihan raya rakyat berada di persimpangan jalan.

“Sama ada nak kekal cara lama main sentimen kaum gaduh soal agama, tunggang agama atau nak tumpu perhatian angkat martabat agama, martabat bangsa, matlamat negara dengan cara dan tata kelola yang betul, elak daripada penyelewengan, elak daripada budaya.

“Bila ada kuasa jadi Perdana Menteri, Menteri kerjanya sakau datang pilihan raya cakap soal bersih bila dibongkar rupanya penyamun belaka.

“Kita tak nilai orang kerana pakaian dia, songkoknya, tali leher, kotnya atau serbannya tapi nilai daripada tindakan dan rekod kerjanya.

“Kita di Hulu Kelang saya datang khusus nak sampaikan supaya jangan lakukan kesilapan. Ada orang sekarang uar-uar sebagai pejuang, ada beza antara pejuang dengan pengkhianat,” katanya.

Anwar malah yakin Juwairiya mampus menumpas Azmin yang dilabelnya sebagai pengkhianat.

“Nak tonjolkan mereka di sini pengkhianat sebab itu kita letak Juwairiya sebagai calon yang menumpaskan pengkhianat itu.

“Sebelum ini kita bagi amanah,bagi pimpin, jadi menteri kanan mana penyelesaian Felda? Mana penyelesaian masalah sekolah, mana perumahan polis, tentera, mana dia tatakelola selamatkan negara ini daripada amalan curi harta orang, memperkayakan orang? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat