MOSTI Komited Tingkat Penglibatan Belia Dalam Bidang Inovasi & Pengkomersialan Negara – Arthur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belia di Malaysia diseru untuk turut bersama membina momentum yang tinggi dalam sains, teknologi dan inovasi serta pengkomersialan bagi menzahirkan Malaysia yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata demikian ketika merasmikan penutup Seminar Belia bersempena Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023.

Seramai lebih 450 belia termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi terlibat dalam seminar anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) dan Youth Ventures Asia.

“Berdasarkan Kajian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, bagi setiap peningkatan satu peratus dalam inovasi, akan menyumbang sebanyak 0.36% kepada ekonomi negara yang bersamaan berbilion ringgit.

“Meningkatkan bilangan inovasi tempatan dalam sains, teknologi dan inovasi akan mewujudkan pekerjaan, menjana nilai negara yang lebih besar dan meningkatkan daya saing kita di peringkat global,” kata Arthur dalam ucapannya.

Menurut Arthur, MOSTI akan terus memacu agenda teknologi dan inovasi melalui keseluruhan spektrum rantaian nilai inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“MOSTI membantu inovator dalam tiga peringkat, iaitu peringkat awal melibatkan percambahan idea (Early-Stage Supply), fasa peralihan Inovasi (Transition stage of Innovation) dan juga fasa Permintaan Matang (Mature Stage Demand phase),” katanya.

Mengulas berkenaan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY), Arthur menyifatkan ia sebagai antara instrumen utama bagi membolehkan Kerajaan merealisasikan matlamat mempercepatkan pengaplikasian teknologi dan inovasi seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Jelasnya lagi penganjuran program seperti ini akan menjadi pemangkin dalam memastikan enam sasaran telah ditetapkan dapat direalisasikan termasuk pengkomersialan 500 produk dan penyelesaian melalui MCY dan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) menjelang 2025.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat