Tok Mat Bebas Influenza, Boleh Kembali Berkempen

- Advertisement -

SEREMBAN – Selepas dinasihatkan berehat ekoran masalah kesihatan yang dialami beliau, calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan memulakan kempennya hari ini.

Timbalan Presiden UMNO itu ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Melayu, Cina Dan India di Kuala Sawah, Rantau di sini memberitahu, selepas ujian darah yang dijalankan, mendapati beliau bebas daripada virus influenza sebaliknya mengalami demam selesema yang teruk.

“Saya baru setengah hari turun padang kerana demam selsema. Alhamdulillah apabila dilakukan pemeriksaan darah tu, bukan influenza cuma demam selsema tetapi teruk. Jadi dapat saya turun hari ini bagi memulakan kempen saya semula di DUN Rantau.

“Pemerhatian saya setakat ini, Alhamdulillah, sokongan daripada pengundi-pengundi, penduduk di kawasan amat baik terutamanya di semua kawasan-kawasan yang saya pergi. Sambutan dan reaksi baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berharap agar baki kempen yang ada dapat diteruskan dengan baik sehingga tengah malam 11 Ogos ini dan keesokkan harinya sewaktu proses pengundian.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berharap agar pengundi tidak terikut dengan sentimen berkenaan kaum dan agama kerana ia amat berbahaya buat masyarakat berbilang kaum seperti di negara ini.

“Saya harap supaya semua pihak yang berkempen dapat kempen secara rasional. Kempen dengan menonjolkan kewibawaan kita, cuba menonjolkan betapa parti kita sekiranya diberi peluang boleh bawa kebajikan dan kesejahteraan lebih baik until dikecapi rakyat.

“Rakyat boleh memilih parti yang memberi manfaat kepada mereka jika diberi peluang mentadbir negeri. Bukannya kita mahu mencurahkan minyak ke dalam api perkauman yang sentiasa ada, memang sentiasa ada dan jangan kita tambahkan lagi minyak ke dalam api yang sedang menyala secara kecil-kecilan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ini, Mohamad akan disaingi oleh calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau sejak tahun 2004. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat