‘Tiada sidang akhbar khas Ismail Sabri Hari Ini’ Kata Pejabat TPM

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan adanya sidang akhbat khas oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini susulan UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Utusan Online, perkara itu disahkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Tiada PC (sidang akhbar) esok dari Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, difahamkan, Ismail Sabri dalam sidang akhbar itu yang juga Naib Presiden UMNO dijangka diiringi ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memberi penjelasan mengenai sokongan terhadap kerajaan semasa.

Terdahulu, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, dalam keputusan tersebut, terdapat beberapa ahli Parlimen yang tidak akur sekali gus menyokong kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat