Covid-19: Malaysia Catat 21 Kes Baharu Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Malaysia mencatatkan 21 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini dengan jumlah keseluruhan 9,023 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, semua individu yang disahkan positif itu sudah diasingkan untuk pengawasan dan rawatan lanjut dengan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 196 kes.

“Bagi enam kes penularan dalam negeri membabitkan tiga individu dari kluster Sivagangga, dua kes di Sabah selain satu kes pra pembedahan dilaporkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Sehingga kini hanya dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) namun tidak memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, 15 kes import yang dilaporkan pada hari ini mendapat jangkitan dari luar negara selepas mereka pulang dari Yaman, Papua New Guinea, Ivory Coast dan United Kingdom.

Katanya, semua kes import ini di Kuala Lumpur dan mereka diasingkan di pusat kuarantin selepas tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang agar tidak membawa risiko jangkitan kepada masyarakat setempat.

“Implementasi kawalan sempadan antarabangsa yang ketat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya penularan dalam negara bagi jangkitan yang berpunca dari luar negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat