Rafizi Ramli, Menteri MOSTI jadi juri program realiti tv

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melancarkan pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi dalam memaparkan skil selain idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosiekonomi.

Memetik Harian Metro, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, misi program Innovathon ini adalah untuk menterjemahkan inovasi menjadi sesuatu yang boleh diterima dengan kerjasama ASTRO.

“Kita sedia maklum bahawa sekiranya kerajaan menggunakan pendekatan sama seperti kempen biasa, berkemungkinan ia takkan sampai kepada sasaran.

“Kita tahu bahawa inovasi perlu membabitkan seberapa ramai individu. Misi kita adalah bagaimana kita menterjemahkan inovasi menjadi sesuatu yang boleh diterima dalam bentuk pembelajaran,” katanya.

Tambah Rafizi, ia menjadi platform terbaik untuk peserta meluaskan idea mereka, sekali gus mencari peluang melebarkan lagi sayap inovasi mereka.

“Walaupun peserta ini tak menang, mereka ada platform untuk membesarkan pasaran mereka. Kalau idea itu bagus, mereka akan mendapat ‘air time’ (waktu tayangan).

“Mereka juga akan mendapat maklum balas secara langsung daripada agensi kerajaan atau mereka yang berkepakaran,” katanya.

Sementara itu, Menteri Mosti, Chang Lih Kang berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan menjadi kejutan buatnya.

“Kami menerima lebih 1,000 penyertaan dan ini adalah satu sambutan yang memberangsangkan. Saya sendiri pun terkejut.

“Kalau nak sebut satu idea yang paling diingati, memang susah sebab banyak idea menarik.

“Selain idea inovasi ini dibentangkan di satu platform arus perdana, ia menjadi tugas berat juga untuk Mosti,” katanya.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, dia berharap program Innovathon menjadi platform untuk memupuk semangat berinovasi dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap program Innovathon dapat memupuk semangat untuk orang ramai lebih berinovasi di masa akan datang,” katanya.

Innovathon membariskan barisan juri tetap, Rafizi, Lih Kang dan Fazura, manakala 100 juri awam terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Program yang mula bersiaran pada 15 Julai ini menggandingkan pengacara Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat