Nak jadi menteri atau artis? – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mengkritik Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang yang berperanan sebagai juri dalam program realiti tv, Innovathon.

Wan Ahmad Fayhsal malah menyifatkan tindakan dua menteri Kerajaan Perpaduan itu sebagai luar tabii.

“Nak jadi menteri ke, nak jadi artis?

“Tak pernah dibuat oleh menteri sebelum ini hatta KJ (Khairy Jamaluddin) sekalipun – betul-betul luar tabii!,” bidas beliau dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Bekas Ketua Armada Bersatu itu malah mengaitkan tindakan menteri-menteri itu dengan situasi ekonomi negara mutakhir ini.

“Padanlah ekonomi Malaysia hancur di tangan puak-puak ni.‍

“Kaki kelentong, formula palsu. Kerja menipu rakyat saja,” dakwa Wan Ahmad Fayhsal lagi.

Terdahulu, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Astro mengetengahkan program realiti buat julung kali yang akan memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu berteraskan sosiekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pertandingan melalui program Innovathon itu menterjemahkan sains, teknologi dan inovasi kepada sesuatu yang boleh diterima umum.

Program Innovathon membariskan barisan juri tetap, Rafizi, Chang dan Fazura bersama 100 juri awam terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Program yang akan mula bersiaran pada 15 Julai di saluran Astro Ria itu juga bakal menggandingkan pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani.

Innovathon menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000, tidak termasuk bantuan permulaan daripada kerajaan sendiri.

Mengulas keberkesanan Innovathon, Rafizi berkata biarlah program itu sendiri yang ‘berbicara” melalui episod yang bersiaran pada setiap minggu.

Chang pula berkata pertandingan itu berjaya meraih lebih daripada 1,000 penyertaan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat