Media Jangan Guna Tajuk Mengelirukan Isu Musang King – MB Pahang

- Advertisement -

LIPIS – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan media agar tidak menggunakan tajuk berita mengelirukan sekaligus mencetuskan provokasi dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, pemilihan tajuk berita yang tidak tepat mengakibatkan orang ramai menyalahtafsir kandungan berita sebenar tanpa membaca keseluruhan laporan berkaitan isu tertentu.

“Sebagai contoh pada 4 Julai lalu, terdapat satu laporan (berita) bertajuk ‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’dan tajuk ini mengelirukan rakyat,seolah-olah kerajaan kalah dalam perbicaraan kes itu.

“Jadi ini menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat, akibat daripada tajuk itu, pelbagai persepsi dan naratif timbul hingga ramai netizen beranggapan bahawa pihak pekebun menang dalam perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas isu berhubung laporan berita ‘kemenangan’ pekebun Musang King selepas Program Kick Off Pahang Pride Kid 2023 di Hospital Kuala Lipis, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan.

Pada itu, seramai 15 ibu dan bayi menerima sumbangan Kerajaan Pahang dengan jumlah keseluruhan RM4,500 disampaikan sendiri Wan Rosdy.

Dalam pada itu, beliau juga meminta agar netizen lebih bijak menilai berita dan tidak hanya membaca tajuk semata-mata sebaliknya mendapatkan berita lebih lanjut dengan membaca keseluruhan laporan disiarkan.

“Saya ingin merayu dan menasihatkan semua netizen supaya, yang pertama sekali jangan baca tajuk sahaja, kadang-kadang kita baca tajuk ‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, kalau kita baca tajuk sahaja, pelbagai tafsiranlah (akan dibuat) seolah-olah kita (kerajaan Pahang) kalah dalam kes dan sebagainya.

“Jadi saya harap baca tajuk, baca juga isi kandungan dan dalam masa yang sama cuba mendapatkan pandangan-pandangan atau pun fakta-fakta daripada pihak-pihak lain, jangan berasaskan hanya kepada satu sumber sahaja mereka boleh rujuk kepada pelbagai pihak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat