Beberapa Lokaliti Di Pahang, Sabah dan Sarawak Dikenakan PKPD Bermula Khamis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di beberapa lokaliti melibatkan Pahang, Sarawak dan Sabah berkuat kuasa Khamis ini hingga 21 Julai, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata PKPD di Pahang melibatkan Kampung Kerpal dan Kampung Pinang di perkampungan Orang Asli di Rompin manakala di Sarawak membabitkan Kampung Mambong di Kuching.

PKPD di Sabah pula melibatkan Kampung Sri Menanti di Tawau dan Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai, Kampung Pulau Gaya serta Kampung Pondo di Perkampungan Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti kekal berada di dalam kawasan PKPD bagi mengelakkan penularan jangkitan keluar dari lokaliti tersebut sekali gus memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengesanan awal kes,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Ismail Sabri berkata pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas penilaian risiko bersama dengan pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Kuala Merotai, Kalabakan, Sabah pada 11.59 malam esok iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan pada 9 Julai.

Penamatan PKPD bagi tempoh sama esok turut melibatkan Kampung JKR Lama dan Kampung Pangi Hujung di Kunak, Kampung Kebayau di Kota Belud serta Kampung Likas di Kota Kinabalu.

Beliau berkata 27 premis meliputi kilang, perniagaan, tapak pembinaan dan asrama penempatan pekerja diarahkan tutup kerana melanggar arahan kerajaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam pemeriksaan serta ‘snap check’ atau pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan semalam.

Katanya sejumlah 548 individu turut ditahan kerana ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 539 dikompaun manakala sembilan direman. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat