Skater girl lebih segar

- Advertisement -

KUASA wanita!

Itu yang dapat dikatakan mengenai filem dari India berjudul Skater Girl arahan pengarah, Manjari Makijany ini.

Berbanding filem Hindi yang biasa ditonton, Skater Girl adalah filem generasi baharu yang tidak mengikut kebiasaan dan mencerminkan idea yang lebih segar.

Dari segi jalan cerita, ia mengisahkan mengenai gadis kampung bernama Prerna lakonan Rachel Sanchita Gupta yang jatuh cinta dengan permainan papan selaju.

Daripada sekadar suka-suka, dia mula melihat kemahiran bermain papan selaju sebagai satu minat yang mampu membawanya keluar daripada kepompong tradisi yang dilihat menekan anak-anak gadis.

Minatnya mula bercambah selepas bertemu dan mengenali gadis bernama Jessica yang muncul di kampungnya.

Jessica, gadis berdarah campuran India dan Inggeris muncul di kampung itu untuk mencari asal usul dan melihat sendiri tanah tumpah darah bapanya.

 

FILEM hindi lari dari kebiasan tayangan bollywood, tidak mengecewakan.
FILEM hindi lari dari kebiasan tayangan bollywood, tidak mengecewakan.

 

Siapa sangka, pertemuan kedua-dua mereka mencetuskan idea dan semangat untuk menaikkan kedudukan wanita dan anak gadis.

Walaupun beberapa kali mendapat tentangan, Prerna terus cuba mencari ruang untuk berlatih dan ingin bertanding dalam sukan papan selaju.

Jessica juga tidak hanya membantu dari segi sokongan dan semangat. Dia bahkan mencari tanah untuk dijadikan ruang latihan serta lokasi untuk pertandingan papan selaju.

Ibu bapa Prerna yang sentiasa akur dengan tradisi akhirnya merelakan anak gadis mereka untuk mengejar impiannya menjadi pemain papan selaju.

 

Antara babak dalam filem berkenaan.
Antara babak dalam filem berkenaan.

Ini adalah lakonan pertama Rachel dan boleh dikatakan, ia adalah satu persembahan menarik dan tidak mengecewakan.

Jalan cerita dalam Skater Girl juga segar. Walaupun babak permulaannya agak perlahan, penonton pasti rasa bersemangat untuk meneruskan tontonan.

Lebih menarik lagi, produksi Skater Girl membina tempat permainan papan selaju pertama di daerah Rajasthan, Khempur dan menjadi tempat permainan papan selaju terbesar di India.

Pada awalnya, saya juga menyangka bahawa filem ini adalah filem adaptasi daripada kisah benar. Namun, selepas membuat bacaan, pengarah filem ini pernah menjelaskan bahawa ia adalah cerita rekaan.

Namun, penonton India tetap menganggap bahawa filem ini adalah adaptasi daripada perjalanan kisah hidup pemain papan selaju wanita India, Asha Gond kerana ada beberapa persamaan.

FILEM: Skater Girl

PENGARAH: Manjari Makijany

PENULIS SKRIP: Manjari Makijany, Vinati Makijany

PELAKON: Rachel Sanchita Gupta, Shafin Patel, Amrit Maghera, Jonathan Readwin, Waheeda Rehman

TERBITAN: Skatepark Films, Mac Productions

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat