‘Sampai bila tiada kerja, tiada gaji’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Umpama berada dalam bas dipandu pada kelajuan 200 kilometer (km) sejam dengan brek tidak berfungsi menuju dinding.

Itu analogi Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) yang disokong dua lagi organisasi, iaitu Malaysian Advertisers Association (MAA) dan Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), terhadap realiti industri penerbitan dan pengiklanan ketika ini.

Bukan skrip iklan televisyen (TV), hakikatnya, itulah kenyataan dihadapi industri penerbitan filem iklan sejak penularan pandemik COVID-19 hingga pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang belum menampakkan tanda industri kreatif akan dibuka.

Luahan itu dinyatakan dalam surat PPFIM bertarikh 2 Julai lalu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saiffudin Abdullah bagi menjelaskan betapa kritikalnya situasi dihadapi sektor perfileman dan pengiklanan ketika ini.

Presiden PPFIM, Khoo Kay Lye mendakwa, majoriti syarikat produksi bernaung di bawah persatuan sudah gulung tikar.

“Tanpa sebarang aktiviti perfileman, seolah sumber pendapatan tunggal kami dinafikan haknya.

 

Kay Lye mengakui majoriti syarikat produksi bernaung di bawah PPFIM sudah gulung tikar akibat impak penularan COVID-19. Foto Ihsan PPFIM
Kay Lye mengakui majoriti syarikat produksi bernaung di bawah PPFIM sudah gulung tikar akibat impak penularan COVID-19. Foto Ihsan PPFIM

 

“Situasi ini memaksa kami membuang pekerja mahir yang boleh mengakibatkan industri kreatif ini terkubur menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada BH Online.

Kay Lye berkata, industri pengiklanan diabaikan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) serta pelbagai bantuan kewangan kerajaan lain sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Melihat situasi ini, sekurang-kurangnya benarkan kami bekerja mencari sesuap nasi demi anak-anak.

“Izinkanlah kami meneruskan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang terbukti lebih ketat daripada industri atau sektor lain di Malaysia,” katanya.

Kay Lye bersyukur MAA dan 4As memberi sokongan kuat kepada PPFIM.

“Dua persatuan ini menyatakan sokongan untuk saya mengutus surat kepada Saifuddin.

“Bersama MAA dan 4As, kami sepakat berganding bahu membantu rakyat Malaysia yang memerlukan dan menaikkan ekonomi negara,” katanya yang berharap Saifuddin dapat menggunakan kuasa sebagai menteri untuk membenarkan kerja penggambaran diteruskan pada fasa kedua PPN.

Sementara itu, Presiden MAA, Mohamed Kadri Mohamed Taib, berkata rantaian perkhidmatan sokongan seperti penerbit filem iklan diperlukan dalam memastikan kerja pemasaran dan pengiklanan mencapai matlamat terutama dalam aspek jualan produk.

“Apabila rantaian ini terputus, ekonomi akan merosot. Penerbit filem iklan memainkan peranan penting dalam rantaian ini.

“Mereka perlu diizinkan beroperasi untuk menghasilkan kandungan yang diperlukan bagi menjual barang dan perkhidmatan. Ini membantu kami memainkan peranan penting dalam melancarkan ekonomi,” katanya.

Presiden 4As, Andrew Lee membangkitkan mengenai peningkatan luar biasa kandungan digital dan transaksi atas talian sejak pelaksanaan PKP.

“Untuk bergerak selari dengan perubahan perilaku pengguna, industri pengiklanan dan pemasaran menumpukan usaha pemasaran melalui platform digital.

“Malah, ekonomi digital dikenal pasti sebagai pemacu baharu pembangunan negara dan e-dagang bakal menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Industri kami sedih dalam menyahut saranan kerajaan mempercepatkan penggunaan teknologi dengan menerbitkan kandungan dan kempen digital yang aktif. Ini termasuk meningkatkan keyakinan peniaga dan isi rumah yang akan mendorong pemulihan ekonomi,” katanya.

Lee berkata, semua itu hanya dapat dicapai apabila industri yang berkaitan dalam bidang pengiklanan termasuk penerbit filem iklan, beroperasi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat