Kit Siang minta maaf, salah faham kenyataan Hadi tentang ‘Kerajaan Allah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang tampil memohon maaf kerana salah faham berkenaan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai “Kerajaan Allah”.

“Atas kesedaran ini, saya menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf atas kenyataan tersebut yang berdasarkan pemahaman yang salah mengenai kenyataan Hadi.

“Saya langsung tidak berniat untuk mempersoalkan mana-mana agama atau kepercayaan, mahupun agama Islam, dan niat saya hanyalah untuk menulis respons kepada apa yang dilaporkan sebagai dikatakan oleh Hadi.

“Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, saya telah dimaklumkan bahawa saya telah silap dalam pemahaman saya mengenai apa yang dikatakan oleh Hadi, dan beliau bukan merujuk kepada ‘Kerajaan Islam’,” jelas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu pada Selasa.

Menurut Kit Siang, semalam (Isnin) beliau telah membaca laporan FreeMalaysiaToday yang bertajuk “Covid is a test from God, only Allah’s govt can overcome it, says Hadi”.

“Selepas membaca laporan tersebut, saya telah beranggapan bahawa “Allah’s government” yang disebut oleh Abdul Hadi Awang merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam”.

“Atas pemahaman ini, saya telah mengeluarkan kenyataan semalam yang kemudian telah dimuat naik ke platform media sosial saya. Saya mempersoalkan kenyataan tersebut kerana menyangka bahawa Hadi Awang menyatakan bahawa hanya sebuah Kerajaan Islam dapat menangani Covid-19.

“Walau bagaimanapun, sebagai salah satu parti komponen kerajaan Perikatan Nasional, PAS perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Malaysia menjadi salah satu negara dengan prestasi pengendalian Covid-19 yang terburuk di dunia,” jelas Kit Siang.

Kata beliau, memandangkan wabak koronavirus ini tidak membezakan antara kaum, agama, kawasan, atau politik dalam menjangkiti umat manusia, semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik perlulah bersatu padu untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat