Peminat Indonesia mohon Melur Untuk Firdaus ditayangkan di negara mereka

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Tolong tayang di Indonesia ‘please’, ‘please’…”

Itu antara reaksi penonton dari Indonesia selepas beberapa klip drama Melur Untuk Firdaus yang dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok tular dan mendapat sambutan ramai.

Drama terbaharu TV3 itu bukan sahaja menarik minat penonton tempatan, malah dilihat turut memenuhi citarasa penonton dari negara jiran itu.

Pengguna akaun TikTok @dalimskuy begitu teruja dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton drama yang diadaptasi daripada novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta itu.

Kebanyakan warga maya dari Indonesia juga meluahkan perasaan sama selain turut mengakui ia adalah drama yang baik dan wajib ditonton walaupun baru sahaja enam episod ditayangkan.

“Please banget aku kecanduan (ketagih) series Malaysia,” kata @drtlaini.”Salah satu drama Malaysia yang wajib ditonton,” kata @kamalinmastura132.

“Series Malaysia bagus bagus,” kata @leejnoxzva.

Pelakon Anna Jobling yang memegang watak Melur di dalam drama itu mengucapkan terima kasih di ruangan komen sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan juga sambutan baik yang diberikan.

Drama Melur Untuk Firdaus arahan Zamri Zakaria itu ditayangkan pada setiap Rabu hingga Ahad jam 9 malam di Slot Lestary, TV3 dan Disney+ Hotstar, dibintangi oleh Meerqeen (Firdaus), Anna Jobling (Melur), Fimie Don (Haris) dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat