Covid-19: Jumlah Jemaah Dibenar Solat Di Masjid, Surau Akan Ditambah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih meneliti cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mendapatkan kelonggaran bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membentangkan cadangan itu pagi ini.

Menerusi cadangan itu, kata beliau, Menteri meminta agar kapasiti yang dibenarkan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditambah berbanding sebelum ini hanya 30 orang.

“Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Dalam Negara (MKN) akan melihatnya lebih terperinci, terutama melibatkan keluasan masjid berkenaan.

“Kita tidak ada masalah untuk melonggarkan syarat itu, asalkan mematuhi penjarakan sosial.

“Malah, kalau masjid itu besar dan luas, mungkin boleh memuatkan 100 hingga 200 jemaah untuk menunaikan solat. Tidak ada masalah,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan juga akan meneliti beberapa lagi cadangan yang dikemukakan, antaranya dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perpaduan Negara.

Katanya, antara cadangan yang diambil kira ialah kebenaran operasi aktiviti memancing di kolam dan bot membawa pelancong memancing di laut.

“Semua cadangan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri dan keputusannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Beliau menjelaskan, kerajaan faham masalah ekonomi yang dihadapi pengusaha kolam memancing dan pengusaha bot pelancongan, tetapi mereka harus bersabar kerana kerajaan juga mempunyai tanggungjawab memastikan semua pihak selamat dari penularan wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat