MARA umum diskaun 20 peratus sewa premis, peminjam boleh struktur semula bayaran pinjaman – Asyraf

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyambut baik gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengumumkan diskaun 20 peratus kadar sewa premis perniagaan milik agensi itu.

Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga memaklumkan, peminjam berdepan kesukaran kewangan juga dialukan membuat penstrukturan semula pinjaman.

“MARA memberikan 20 peratus diskaun sewaan ke atas premis-premis perniagaan yang disewakan.

“Malah mana-mana peminjam yang hadapi kesukaran dalam situasi ekonomi hari ini boleh datang ke pejabat MARA seluruh Malaysia untuk distruktur balik,” umum beliau.

Sebelum itu, prihatin dengan nasib penjaja dan peniaga kecil yang terbeban dengan kenaikan kos barangan ketika mendepani krisis bekalan global, Perdana Menteri tampil dengan idea bernas dengan mengumumkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan.

Menurut Menteri Kewangan itu, kebanyakan kedai-kedai ini dimiliki oleh syarikat-syarikat kerajaan atau agensi kerajaan seperti MARA dan UDA, bulan ini juga mulai sekarang akan mengurangkan kadar sewa di semua premis perniagaan mereka, dan mereka akan umumkan mengikut daerah dalam masa yang terdekat

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat