Syarikat pembuat senjata ‘bantai’ Palestin hadir pameran di KL, Tun M suruh pulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak beberapa syarikat pembuat senjata ketika ini digunakan untuk membantai rakyat Palestin diberitakan hadir di Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024, seharusnya disuruh pulang dan meninggalkan Malaysia dengan seberapa segera.

Menurut Dr Mahathir, dua syarikat utama – Lockheed Martin dan BAE System – merupakan pembekal senjata yang besar kepada regim Zionis untuk melakukan serangan-serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

Kata beliau, kehadiran mereka ke Malaysia ketika ini di atas anjuran DSA dan NATSEC Asia 2024 dengan kerjasama Kementerian Pertahanan adalah sesuatu yang amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genoside yang sedang dilakukan di Gaza.

“Memang benar mereka pernah hadir di dalam anjuran-anjuran terdahulu.

“Tetapi keadaan kali ini amat luar biasa dan genosde Zionis terhadap Palestin begitu kejam dan tanpa sedikit pun perikemanusiaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar bekas Perdana Menteri itu lagi, membenarkan syarikat-syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha kita menentang kekejaman regim Tel Aviv memaparkan kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam yang lain.

Justeru, Dr Mahathir menegaskan, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan harus mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh.

“Dan tindakan ini tidak terhad kepada dua syarikat tersebut. Jika ada syarikat-syarikat lain yang membekal senjata kepada regim Zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

“Mereka perlu tahu bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genocide ke atas orang Palestin,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat