Kontrak RM30 Juta, KSU Kementerian Didakwa Salah Guna Kuasa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Beberapa orang penganalisa politik mendakwa Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min adalah dalang sebenar berhubung isu kontrak perolehan bernilai RM30 juta.

Datuk Abd Zarin Mohd Yasin melalui laman Facebook menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis terhadap kontrak runding terus yang diberikan kepada Syarikat Khazanah Jaya Sdn Berhad

“Syarikat ini dari segi prinsipnya berteraskan hartanah, persoalan orang bisnes khasnya syarikat Bumiputra kenapa susah sangat nak tembus menyertai tender-tender di Kementerian Kesihatan?

“Dia berpunca kuasa seorang yang berjawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan. Beliaulah culprit yang sebenarnya.

“Dari cerita mulut ke mulut untuk mempertahankan diri. Menyatakan bahawa ada orang pejabat Menteri terlibat. Dimana memang Menteri Adham Baba tidak ada kaitan dalam membuat keputusan soal tender,” tulisnya sebentar tadi.

Melalui kenyataan yang sama, Zaharin turut memuatnaik beberapa dokumen yang memaparkan surat setuju terima antara KKM dan syarikat terbabit.

“Persoalanya bagaimana Khazanah Jaya boleh di bayar pembayaran pendahulu RM15 juta atau 50% dari harga setuju terima tender yang berjumlah RM30.5 juta.

“Adakah ini penyalahakan kuasa. Kerana Jawatankuasa yang menilai sebarang kelayakan tender juga diragukan. Bersama didedahkan dukumen yang ada kaitan. Jika palsu buatlah laporan polis lagi,” ujarnya lagi.

Sementara itu Aktivis Politik, Mohd Rafi Awang Kechik turut mempersoalkan hubungan antara KSU KKM dengan syarikat terbabit.

“KSU berbangsa Cina, syarikat itu dimiliki bangsa Cina, yang kena maki Adham Baba sebab muka macam Cina! Apa hubungan syarikat ini dgn KSU? soalnya pula.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dikatakan sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak membekalkan kelengkapan makmal di bawah KKM.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah, tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan Covid-19, selain kontrak membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Sementara itu Menteri KKM, Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dilakukan itu. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat