865 Warga China Ditahan Sepanjang Tempoh PKP – PDRM

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Alam Semula Jadi Dalam Bandar, Gamuda Gardens Hasilkan Kediaman Dengan Ciri Co-Living

Antara kriteria rumah idaman yang susah nak jumpa ialah rumah yang bertemakan alam semula jadi. Terletak di bandar tapi nak ada landscape yang cantik dan penuh...

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Adakah anda pernah berkunjung ke Johor Bahru dan pening kepala mahu makan apa? Mungkin perkongsian ini akan menjimatkan masa anda memilih tempat makan apabila...

Sam kena kuarantin di hotel

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam akur menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas kembali dari Sabah atas...

Seramai 1,631 individu yang terbabit dengan kegiatan judi atas talian ditahan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 4 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu, 732 warga tempatan manakala 865 individu lagi adalah warga China.

“Kami berjaya menahan 1,073 lelaki dan 524 wanita membabitkan individu tempatan dan warga China berusia antara 18 hingga 55 tahun menerusi 466 serbuan di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

“Kami turut merampas 1,702 mesin judi serta peranti elektronik perjudian dan wang tunai berjumlah RM398,263 selain menyekat 1,323 laman sesawang disyaki mempromosikan kegiatan judi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak.

Huzir berkata, kebanyakan individu yang ditahan dipercayai terbabit dengan kegiatan pusat panggilan judi dalam talian yang mensasarkan pelanggan dari China.

“Sindiket ini beroperasi menggunakan kediaman seperti banglo, rumah teres dan pangsapuri sebagai pusat panggilan judi dengan transaksi pembayaran secara perbankan elektronik.

“Namun, kegiatan judi atas talian di dalam bangunan jarang dilihat memandangkan banyak rondaan dilakukan pihak polis sepanjang PKP.

“Bagi judi catitan taruh pula, tiada aktiviti berkenaan dikesan ekoran tiada perlumbaan kuda berlangsung ketika ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, jumlah kes jenayah yang direkodkan di seluruh negara mencatatkan penurunan sepanjang PKP berbanding sebelum pelaksanaan perintah itu.

“Bagi tempoh 31 Januari hingga 17 Mac lalu, sebanyak 10,368 kes jenayah direkodkan berbanding 5,279 kes ketika PKP sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

“Jumlah itu menyaksikan penurunan sebanyak 5,089 kes atau 49.1 peratus dengan 1,971 kes membabitkan jenayah kekerasan dan 4,089 kes pula adalah jenayah harta benda,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...