Nancy sampaikan bakul makanan dan sumbangan raya kepada golongan asnaf

- Advertisement -

LAHAD DATU: YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menghadiri Majlis Iftar Sinar Kasih Ramadan YKN dengan kerjasama Badan Dakwah Lahad Datu bersama-sama 450 orang tetamu yang terdiri daripada Rakan Strategik YKN dan kumpulan sasar di bawah KPWKM Lahad Datu.

Penganjuran program ini adalah kesinambungan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang  bulan Ramadan. YKN telah menyantuni golongan sasar dengan program sumbangan bakul makanan dan sumbangan tajaan baju raya kepada anak-anak asnaf. Usaha YKN membantu mereka yang kurang bernasib baik ini mendapat sumbangan dan sokongan daripada Jabatan, Agensi Kerajaan, syarikat korporat, badan bukan kerajaan serta orang perseorangan.

Pada program hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 200 penerima kumpulan sasar Kementerian yang terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf dan juga mualaf.

Semasa kunjungan ke Lahad Datu ini, beberapa program dapat dilaksanakan antaranya program gotong royong memasak bubur lambuk, sumbangan bantuan kepada kumpulan asnaf dan serahan sumbangan kotak makanan bagi persediaan penerima menyambut lebaran yang akan tiba  tidak lama lagi. Program Ziarah Kasih turut dijalankan dengan menyantuni kumpulan sasar dibeberapa buah rumah sekitar Lahad Datu.

Yayasan Kebajikan Negara mengalu-alukan sumbangan dan program kolaborasi kepada korporat, Non-Government Organization (NGO) serta orang perseorangan untuk berkerjasama dan bagi setiap sumbangan wang tunai akan diberikan resit pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank atas nama YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA MALAYSIA seperti berikut: ALLIANCE ISLAMIC BANK (160140010004801), MAYBANK ISLAMIC BANK BERHAD (568621012284).

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat