NRES lancar Ops Gempur Raya banteras pencemaran

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

SHAH ALAM – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melancarkan Ops Gempur Raya 2024 di Department of Veterinary Services, Selangor State 3, pada Khamis.

Menurut kenyataan NRES, Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama Ketua Pengarah JAS, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar turut sama turun padang dalam operasi ini.

Nik Nazmi berkata, operasi ini telah diaktifkan mulai 17 Mac lalu , merupakan usaha berterusan JAS dalam mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan.

Menurutnya, operasi ini melibatkan pemeriksaan premis dijalankan secara bersasar dan besar-besaran bagi memastikan operasi premis tidak menjejaskan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).

Katanya, melalui operasi ini dapat mengesan aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti pelepasan efluen perindustrian tidak terawat, pelupusan haram buangan terjadual serta pembakaran terbuka.

“Operasi ini memberi fokus kepada premis yang mempunyai tahap pematuhan rendah kepada AKAS 1974 atau premis bermasalah dari sektor-sektor industri yang telah dikenalpasti berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar.

Ia meliputi industri-industri pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia, berasaskan getah dan plastik serta produk berasaskan petroleum.

Tumpuan juga turut diberikan kepada premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, JAS akan menjalankan penguatkuasaan AKAS 1974 bagi memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas walaupun aktiviti perindustrian pesat membangun agar kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan.

Ujarnya, penguatkuasaan oleh pihak kerajaan tidak dapat menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar kerana ia memerlukan komitmen dan kerjasama dari semua pihak.

Tambahnya, menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, maka pihak industri dan orang ramai diseru supaya mempunyai kesedaran dan keprihatinan yang tinggi (awareness and sense of belonging) terhadap penjagaan kelestarian alam sekitar.

Beliau menegaskan, pihak industri hendaklah memainkan peranan memastikan operasi kilang atau premis masing-masing memenuhi keperluan perundangan alam sekitar dan tidak akan menyebabkan pencemaran.

“Konsep pematuhan kendiri perlulah dibudayakan dan setiap tindakan
atau keputusan yang diambil hendaklah mengambil kira elemen alam sekitar.

Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam membantu menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti yang merosakkan alam sekitar, ”tegasnya lagi.

Sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh dibuat di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat