Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Pengerusi SKM baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu.

Manakala mantan Pengerusi Akademi Pelatihan, Penerangan dan Penyelidikan Selangor (APSEL), Hj. Mustaffa Kamil Ayub dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pelantikan, Ahmad Norihan dan Mustaffa Kamil yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkuat kuasa mulai 15 Mac ini.

Menurutnya, Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berkuat kuasa 1 Mei ini.

Pengumuman pelantikan ketiga-tiga mereka diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di
di Dewan Perdana, SKM pada Khamis.

Ewon yakin pelantikan ketiga-tiga tokoh ini akan meneruskan kepimpinan dan memacu kecemerlangan dalam merancakkan agenda keusahawanan dan koperasi negara.

Beliau berkata, pelantikan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan ke arah pembangunan Malaysia Madani

Mengimbau latar belakang, Ahmad Norihan, beliau memulakan kerjaya di dalam Tentera Darat (TD) sebagai Pegawai Kerahan pada 15 Mei 1987 di Rejimen 302 Askar Wataniah sebelum menyertai Kor Risik DiRaja (KRD) pada 10 Oktober 2002 dan ditugaskan ke Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (sekarang dikenali sebagai Malaysian Defence Intelligence Organization).

Sejak itu beliau terus menonjol dalam perkhidmatan dengan menjawat pelbagai jawatan penting di peringkat TD mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah melalui perjalanan kerjaya yang cemerlang sepanjang 37 tahun perkhidmatannya.

Kepelbagaian tugas dan jawatan yang disandang membuktikan versatiliti dan kredibiliti beliau begitu cemerlang melayakkannya memegang jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia (ATM).

Manakala, Mustaffa Kamil merupakan anak kelahiran Kampong Gajah, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Genetik dan Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Onn pula seorang yang aktif dalam masyarakat dan telah terlibat sepenuh masa dalam bidang politik dan perniagaan mempunyai ijazah dalam kejuruteraan awam dari Oita National College di Jepun dan pernah berkhidmat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dan KUSKOP.

Menurut kenyataan itu lagi, KUSKOP
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan; Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, TKSU Dasar & Pemantauan KUSKOP, Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat