Filem pendek Raya 4CM lari dari naratif sedih Aidilftri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 6 April 2024- Filem pendek sempena Aidilfitri, Raya 4CM menampilkan kelainan yang tersendiri dengan mengenengahkan genre humor yang sarat dengan mesej tersirat.

Filem pendek terbitan ABIQ Group Sdn. Bhd. ini tidak ‘terjebak’ dengan naratif air mata sepertimana kebiasaan filem pendek atau iklan raya.

Bagi pengarah Raya 4CM, Adam Mukhriz, hari raya Aidilfitri adalah hari kemenangan yang perlu diraikan dengan kegembiraan bukannya dengan linangan air mata.

“Raya 4CM menampilkan gandingan Abby Abadi dan pelakon cilik Rafique Iskandar yang mengembalikan memori zaman 90-an.

“⁠Mesej utama kami ialah masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tunjukkan pengorbanan dan kasih sayang antara satu sama lain dan raya kita semua tak lengkap tanpa keluarga,” katanya di sini hari ini.

Ini merupakan penampilan semula atau “comeback” Abby Abadi selepas sekian lama menyepi dalam dunia lakonan. Kali ini, Abby berganding dengan bintang cilik dari siri TV, Khunsa.

Konsep Raya 4CM ini berbeza berbanding tahun 2023 yang berkonsep sedih melalui “Rendang Nasib” yang diterbitkan ABIQ Group Sdn. Bhd.

⁠⁠Iklan yang mesti ditonton oleh segenap lapisan masyarakat boleh dilayari melalui saluran youtube ABIQTV, https://youtu.be/RYEn77v82fM?si=mCd7Ttb4IXzd-NIJ atau TikTok, @abiqtv.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat