123,380 pencarum LTAT terima dividen 5 peratus

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 123,380 pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerima berita gembira apabila LTAT mengisytiharkan kadar dividen lima peratus (5%) dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta bagi tahun 2023.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian di Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 di Hotel Royale Chulan pada Khamis.

Beliau berkata, kadar dividen LTAT mula pulih kepada 5% pada tahun 2022 berbanding kadar yang terendah dalam sejarahnya iaitu 2% pada tahun 2018.

Menurutnya, keuntungan terkumpul selepas dividen LTAT mula berkembang dengan lebih besar kepada RM756.81 juta berbanding RM498.7 juta pada tahun 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak 52% dan berbanding hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.

Pendapatan bersih LTAT telah meningkat kepada RM537.80 juta pada tahun 2023 berbanding RM432.47 pada tahun 2022 yang merupakan peningkatan sebanyak 24%.

Pengumuman dividen ini adalah bukti kejayaan pelaksanaan pelbagai program transformasi yang telah dijalankan, ianya berdasarkan posisi kewangan LTAT yang kukuh dan keseluruhan gabungan rizabnya merekodkan kedudukan kewangan yang sentiasa positif.

Kadar dividen ini, secara asanya menzahirkan perkembangan yang positif buat LTAT kerana ia berjaya untuk memberi kadar dividen yang telah beransur pulih, mampan dan stabil.

Menurutnya lagi, LTAT sentiasa memastikan kadar solvensi bukunya tidak kurang dari 100% ketika mengisytiharkan dividen tahunannya kepada pencarum bagi menjamin keupayaan LTAT untuk melaksanakan obligasi kewangannya pada setiap masa

“Sebagai sebuah Kumpulan Wang Simpanan, LTAT akan memikul mandat yang besar, bukan sahaja menguruskan dana persaraan melalui aktiviti pelaburan yang mampan, malah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor perladangan, hartanah, farmaseutikal dan sebagainya.

LTAT turut digalaskan dengan peranan memastikan kesejahteraan insan yang holistik dalam memperjuangkan keselamatan sosial dan masa depan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , ”katanya lagi

Tambahnya, prestasi LTAT pada 2023 telah melalui fasa transformasi yang signifikan bagi melonjakkan semula prestasi dan imejnya dengan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan terhadap pengukuhan tadbir urus, memulihkan dan meningkatkan pulangan pelaburan dan menambah baik mutu perkhidmatan kepada para pencarum.

Tahun lalu, LTAT berjaya memuktamadkan Pelan Transformasi 2019-2023 yang disusuli dengan pelancaran Pelan Strategik 2023-2025 atau MAMPAN25.

Salah satunya pelancaran Modul Celik Kewangan sebagai perkhidmatan nilai tambah untuk pencarum LTAT dengan memperluas manfaat bagi meningkatkan kesejahteraan sosial selepas tamat perkhidmatan.

Paling penting, pelan yang menyeluruh ini turut menzahirkan komitmen LTAT untuk menyediakan dividen yang mampan setiap tahun. Hasilnya , LTAT telah mencatatkan peningkatan prestasi bagi setiap indikator utama kewangannya.

Tegasnya, komitmen Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam memacu LTAT untuk menjadi sebuah organisasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan menjamin perlindungan sosial warga ATM.

“LTAT komited dalam mengamalkan pengurusan aliran tunai yang berhemat dan teliti bagi memenuhi obligasi pembayaran semula wang simpanan persaraan kepada pencarum LTAT, ”tegasnya lagi.

Ujarnya, Mindef dan LTAT akan memfokuskan kepada usaha melaksanakan strategi dalam Pelan MAMPAN25 serta meneroka strategi-strategi baharu, agar LTAT lebih cemerlang termasuk menyusun semula model perniagaan dan pegangan saham dalam syarikat-syarikat strategik.

Sasaran kita hanya satu, Kita mahu mengoptimumkan prestasi LTAT dengan model perniagaan terbaik tanpa melepaskan kepentingan strategik dalam pelbagai entiti yang berpotensi besar.

Segala pelan dan strategi kita akan dilakukan secara cermat, inklusif dan mengambil kira pandangan serta idea pelbagai pemegang taruh dan memastikan kesejahteraan dan kepentingan sosio-ekonomi warga ATM terus terpelihara.

Beliau memberi jaminan, kepada semua pihak, khususnya pencarum LTAT dari kalangan warga ATM, bahawa institusi ini akan dipertahankan, dipelihara dan dipastikan cemerlang dalam menjalankan amanah dan mandatnya dengan jujur dan cemerlang. Insya-Allah.

Insya-Allah, atas keberkatan Ramadan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi ini, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan mendoakan agar LTAT berjaya mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

“Pada 1 April lalu, bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin dilantik sebagai Pengerusi LTAT baharu manakala Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.

Dengan dedikasi serta pengalaman luas yang dimiliki oleh kedua-dua individu ini, LTAT akan dapat terus kita pacu agar lebih cemerlang, ”ujarnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman dan Pengerusi LTAT, Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat