Polis serbu pusat panggilan sindiket pelaburan, 40 ditahan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Premis perniagaan di bandar ini yang disyaki dijadikan pusat panggilan untuk sindiket pelaburan tidak wujud, diserbu semalam yang menyaksikan 40 individu ditahan.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, mereka yang ditahan adalah 15 lelaki dan 25 wanita tempatan yang berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun.

Katanya, serbuan pada 11.10 pagi itu dilakukan susulan maklumat dan membabitkan pasukan Bukit Aman dan polis Kontinjen Johor.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket bermula dengan mempromosi dan mengiklankan pelaburan dikenali ‘xtrade’ di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube.

“Dalam promosi itu, pelanggan dijanjikan pulangan lumayan iaitu antara 50 hingga 100 peratus daripada jumlah pelaburan, dengan pelaburan minimum AS$100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, pelanggan berminat perlu menghubungi nombor telefon yang disertakan dan sindiket itu juga beroperasi dengan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat tempatan berdaftar.

“Sindiket dipercayai menyasarkan individu dari luar negara sebagai mangsa.

“Ketika serbuan, polis merampas peralatan antaranya 41 set komputer, 46 telefon bimbit dan masing-masing satu unit modem dan router.

“Polis menyeru agar mana-mana individu atau pihak yang menjadi mangsa kepada pelaburan ‘xtrade’ ini untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat