HONOR Magic Vs baharu bakal menguasai segmen premium Malaysia

- Advertisement -

HONOR Magic Vs baharu bakal menguasai segmen premium Malaysia

Menangani Cabaran Terbesar Telefon Boleh Lipat dengan Penyelesaian Inovatif

HONOR Magic Vs dilancarkan pada harga RM5,999

Badan nipis dan ringan dengan jangka hayat bateri terbesar dalam industri telefon boleh lipat

KUALA LUMPUR, 6 April 2023 – HONOR Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar flagship terbaharu Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs. HONOR Magic Vs ditawarkan pada harga RM5,999 (12+512GB) dan adalah telefon boleh lipat pertama jenama ini untuk dilancarkan di pasaran antarabangsa. Ini menjadikan HONOR Magic Vs dinanti-nantikan ramai penggemar gajet di seluruh dunia. HONOR Magic Vs menjanjikan pengalaman pengguna yang unik kerana menawarkan ciri berbeza dari pesaing telefon boleh lipat lain di pasaran.

Prapesan HONOR Magic Vs dan nikmati hadiah percuma bernilai lebih RM 2,200

Prapesan HONOR Magic Vs akan bermula pada jam 5pm, 6 April hingga 14 April 2023. Pembeli terawal berpeluang membawa pulang set hadiah bernilai lebih RM2,200 yang terdiri daripada mesin kopi NESCAFÉ Genio S Touch, sarung telefon HONOR Magic Vs, jaminan tambahan selama setahun dan pelindung retak skrin selama 180 hari. Buat kali pertama dalam industri, HONOR berusaha memberi yang terbaik dengan menyediakan Perkhidmatan Penggantian Retak Dwi Skrin secara PERCUMA selama 180 hari untuk memberi lebih jaminan kepada pengguna.

Jualan dan kutipan HONOR Magic Vs akan bermula pada 28 April ini. Pastikan anda tidak melepaskan tawaran prapesan istimewa ini untuk memiliki telefon boleh lipat idaman dan hadiah percuma menarik.

HONOR Magic Vs – Lipatkan dan kebimbangan anda selesai

HONOR Magic Vs bakal mencetuskan revolusi dalam industri telefon boleh lipat kerana menyelesaikan masalah-masalah yang lazim dihadapi pengguna. Paparan luaran HONOR Magic Vs membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih produktif dan cekap. HONOR Magic Vs tampil dengan rekaan lipat tanpa celah di antara skrin untuk menghalang serpihan kecil seperti batu dari tersekat dan masalah ini sering dihadapi pengguna. Paparan skrin peranti ini dibina dengan menitikberatkan ketahanan bagi mengelak keretakan atau kemek yang memerlukan kos tinggi untuk diperbaiki. Sebagai tambahan, HONOR Magic Vs mengetengahkan ketahanan bateri yang menakjubkan meskipun mempunyai struktur kompleks dengan pelbagai komponen.

Pendek kata, HONOR Magic Vs dimuatkan dengan beberapa teknologi inovasi dan ciri-ciri yang menyelesaikan masalah pengguna. Berikut tiga senarai HONOR Magic Vs bakal mengubah industri telefon boleh lipat.

Skrin dalaman dan luaran yang lebih praktikal

Dilengkapi paparan luaran 6.45 inci dengan nisbah aspek 21:9 dan nisbah skrin ke badan 90%, HONOR Magic Vs menyajikan pengguna dengan pengalaman menonton yang mengasyikan. Berbanding dengan pesaingnya, HONOR Magic Vs menawarkan paparan luaran yang lebih besar dan luas agar pengguna melihat dan menaip teks dengan jelas. Apabila dibuka, paparan dalaman adalah selebar 7.9 inci yang memberi rasa seolah menggunakan tablet, terbaik untuk melakukan pelbagai tugasan dan berseronok menonton kandungan kegemaraan dengan lancar. Ini langkah permulaan bagaimana HONOR membangunkan penyelesaian terbaik untuk pengguna yang mencari pengalaman lancar dan intuitif apabila berkaitan dengan telefon boleh lipat.

Reka bentuk engsel lebih nipis, tanpa celah dan tahan lama, mudah dimasukkan ke dalam poket

HONOR Magic Vs gah dan bergaya dengan reka bentuk tanpa celah yang menetapkan penanda aras baharu untuk reka bentuk telefon boleh lipat. Peranti ini mempunyai kenipisan hanya 12.9mm apabila dilipat dengan berat 267g sahaja, amatlah nipis dan ringan untuk telefon boleh lipat.

Engsel Tanpa Gear Super Ringan HONOR Magic Vs direka dengan penuh teliti menggunakan teknologi pemprosesan acuan satu keping. Bilangan komponen dalam struktur sokongan engsel diperkemaskan daripada 92 kepada hanya 4[1]. Engsel telah diuji TÜV Rheinland dan mampu menahan sehingga 400,000 lipatan, iaitu bersamaan dengan penggunaan lebih dari sepuluh tahun berdasarkan 100 lipatan setiap hari. Secara keseluruhan, HONOR Magic Vs direka untuk bertahan lama, memberikan pengguna pengalaman telefon pintar yang lancar dan unik.

Jangka hayat bateri ultra lama untuk pengguna telefon boleh lipat

HONOR Magic Vs menawarkan jangka hayat bateri ultra lama kepada pengguna. Bateri Ketumpatan Ultra Tinggi 5000mAh menjadikan HONOR Magic Vs memiliki kapasiti bateri terbesar dalam kalangan telefon boleh lipat di bawah 270g di pasaran. Teknologi pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W berwayar mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 46 minit sahaja, pengguna tidak perlu bimbang masalah bateri lemah. Dengan bateri yang berkuasa dan mengecas dengan pantas, HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat boleh dipercayai dan tahan lama, sesuai dengan pengguna yang mempunyai gaya hidup sibuk.

Pengalaman diperibadikan dengan MagicOS 7.1

HONOR sememangnya terkenal dengan ciri-ciri inovasi yang direka untuk mempertingkatkan daya pengeluaran serta memberi pengguna pengalaman lancar untuk semua peranti. HONOR Magic Vs penting bagi pengalaman yang diperibadikan untuk gaya hidup pantas mana-mana individu dalam dunia pertumbuhan digital.

Dengan Magic Ring, peranti disambungkan dengan akaun HONOR yang sama boleh dikawal menerusi peranti silang dan ini memudahkan pengguna menerima dan membalas mesej di komputer riba. Pengguna hanya perlu menggunakan tetikus untuk mengendalikan HONOR Magic Vs.

Magic Text pula adalah pengecam teks terbina dalam yang membolehkan pengguna memaksimumkan produktiviti dengan mengesan nombor secara automatik daripada imej dan dokumen lain.

Tugasan kerja semakin lancar dengan ciri Smart Multi-Window yang mana sehingga empat aplikasi boleh dibuka pada satu masa. Ini meningkatkan kecekapan pengguna sama ada ketika bekerja, menonton filem, bermain permainan mudah alih atau membaca. Ciri APP Extender pula membolehkan pengguna membuka dua tetingkap untuk satu aplikasi dengan setiapnya menjalankan tugasan berasingan secara serentak, menyediakan pengalaman yang dipertingkatkan untuk melakukan pelbagai tugas dengan bebas.

HONOR bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk peraduan akses ke KLIA Golden Lounge

HONOR telah mengumumkan kolaborasi dengan Enrich Malaysia Airlines untuk menawarkan 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli Siri HONOR Magic bertuah. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk akses ke ruang istirahat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau untuk tiket domestik Malaysia Airlines.

Seramai 320 pembeli akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang menikmati Hospitaliti Malaysia dan perjalanan premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu menangkap foto atau video menggunakan HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs berserta berkongsi perkara disukai mengenai peranti tersebut di Facebook. Mereka juga dikehendaki tag dua rakan Facebook dan hantaran tersebut perlu dikongsi secara terbuka dengan bersertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich.

Maklumat lanjut mengenai promosi Siri HONOR Magic boleh mengukiti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship .

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat