Perak Salur Bantuan Khas Kewangan Kepada 7,892 Penjawat Awam Negeri

- Advertisement -

IPOH – Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri ini bagi semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penerima bantuan khas tersebut termasuklah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan dan pegawai sambilan harian.

“Seperti tahun lalu, bantuan Khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dengan kadar RM500 seorang.

“Penyaluran bantuan khas tersebut akan dibuat pada 17 April 2023,” katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, bantuan khas berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.6 juta dan akan memanfaatkan 7,892 penjawat awam negeri Perak.

Beliau berkata, pemberian itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sempena program petang ini juga, turut diadakan majlis penyampaian insentif kepada 492 pesara kerajaan negeri Perak bagi tempoh Julai 2021 hingga Jun 2022.

“Insentif berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,792,800.

Beliau berkata, melalui insentif berkenaan, sebanyak RM4,400 akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada pesara yang layak. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat