JPA Akan Teliti Pekeliling Pemberian, Penerimaan Hadiah – KSN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling yang berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, langkah itu bagi memudahkan semua pihak dalam tata cara penerimaan sumbangan oleh agensi serta kelab di bawah kementerian dan jabatan.

“Walau bagaimana pun, aspek integriti dan tadbir urus mesti diberi perhatian dan keutamaan,” katanya dalam ucapan majlis Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak), di sini pada Khamis.

Menurutnya, perkara itu telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-rasuah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh beliau.

“Bukan tidak boleh untuk kelab sukan dan kebajikan menerima sumbangan, namun ia perlu berlandaskan kepada garis panduan serta peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata, program anjuran MAKSAK diharap bukan sekadar untuk ahli sahaja tetapi diperluaskan kepada semua peringkat penjawat awam termasuk ahli keluarga bertepatan dengan konsep islah.

“Sudah tentu penganjuran kejohanan atau program ini akan melibatkan kos yang besar kepada MAKSAK.

“Oleh kerana itu, saya mengharapkan agar agensi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri sama-sama memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada MAKSAK Malaysia serta Badan Gabungannya memandangkan tiada geran tahunan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 40 orang anak-anak dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Selangor dirai. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat