Zahid Tak Sesuai Jadi Perdana Menteri Minta Cadang Nama Calon Lain – Ketua UMNO Paya Besar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mencadangkan nama calon lain untuk menjadi Perdana Menteri seandainya UMNO membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.

Pun begitu, Ahmad Tajuddin berkata, Presiden UMNO itu juga boleh terus kekal di jawatannya sebelum mandat baharu parti selepas PRU15 kelak.

Menurut beliau, strategi itu perlu dilakukan segera dan kelewatan akan menyebabkan parti kucar-kacir.

“Dari segi kita untuk menghadapi PRU, dia (Zahid) adalah presiden. Apakah kesan dan strategi dalam mengendali isu ini, dia boleh mengubah keadaan kalau dia mencadangkan orang lain sebagai Perdana Menteri, keadaan berubah.

“Dia sebagai presiden hanya membantu hendak hadapi pilihan raya dengan mengemukakan orang yang lebih baik untuk dijadikan calon perdana menteri. Itu tidak ada hal, boleh berlaku,” katanya memetik Astro Awani.

Ditanya sama ada Zahid boleh menjadi calon Perdana Menteri, Ahmad Tajuddin berkata, berdasarkan keadaan semasa, Presiden UMNO itu tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir berkata, Zahid akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi oleh ahli akar umbi sekiranya tidak segera berundur dari jawatan Presiden UMNO.

Jelasnya, ia sekali gus akan melakar semula perjalanan parti itu dalam landskap politik tanah air.

Dalam pada itu kata Ahmad Tajuddin, isu tiada kerjasama dengan DAP, PKR dan Bersatu yang jelas diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini juga tidak mustahil mungkin berubah selepas PRU15 kelak.

Katanya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk perkara yang dianggap tidak logik dalam politik.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak menolak kemungkinan UMNO boleh menjalinkan hubungan dengan DAP kerana mempunyai pengalaman bekerjasama dengan MCA sejak sekian lama.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, MCA yang kini bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) juga pernah dilihat ‘melampau’ suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah bergurau dengan berkata beliau merupakan calon Perdana Menteri yang paling sesuai bagi UMNO sekiranya parti tersebut menang dalam PRU15.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...