Bersatu Tak Perlu Runsing Diejek’Parti Setahun Jagung’- Peja

KUALA LUMPUR – Usia parti Bersatu tidak relevan apabila kehadiran dan kemampuan parti itu kini dapat dirasai serta diterima oleh rakyat di segenap pelusuk negara, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Memetik Bernama beliau berkata dalam zaman politik baharu masa ini, istilah ‘parti politik yang baharu setahun jagung tidak boleh menjadi pemimpin’ adalah tidak tepat apabila sesebuah parti mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Justeru, pemimpin serta ahli Bersatu seluruh negara tidak perlu gusar atau runsing dengan ejekan ‘parti setahun jagung’ sebaliknya terus menjalankan amanah yang diberikan rakyat bagi membela nasib mereka.

“Peribahasa yang mengatakan usia hanya sekadar angka adalah benar apabila parti anda berada dalam keadaan yakin dan berani, usia dalam parti politik sudah tidak lagi relevan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Ulang Tahun Ke-2 Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah semalam.

Turut hadir dua Naib Presiden Bersatu iaitu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Ketua Badan Pimpinan Parti Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor, juga Ketua Menteri Sabah.

Pendaftaran Bersatu diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 8 September 2018 dan bertapak secara rasmi di Sabah pada 6 April 2019.

Ahmad Faizal juga berkata dalam usia hanya dua tahun, Bersatu Sabah mampu menjadi Badan Pimpinan terbaik di negara ini dan mampu meletakkan pemimpinnya sebagai Ketua Menteri dengan kerjasama rakan politik parti itu.

Beliau berkata kejayaan itu tidak berlaku secara tiba-tiba malah dapat dicapai hasil kerja keras dan budaya politik yang mementingkan kejujuran serta ketelusan dalam membentuk kerjasama politik.

“GRS (Gabungan Rakyat Sabah) sebuah formula politik cukup berkesan dan kerjasama ikhlas ini dapat menjadi medan pertemuan membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang penuh berwibawa,” katanya.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...