Ada Dalang Atur Usul PAU 2020, Dedah Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendedahkan sekurang-kurangnya empat ‘perkara pelik’ yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMN0 (PAU) 2020 baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu mendakwa wujud pihak yang sudah mengaturkan usul-usul untuk dibawa ke PAU 2020.

Katanya, pada kebiasaannya usul dibawa secara bebas oleh bahagian-bahagian yang bersidang, tetapi dakwanya ada pihak yang mengatur usul-usul yang dibawa di mesyuarat peringkat bahagian.

“Kita dengar aduan-aduan yang datang daripada akar umbi di peringkat cawangan yang menyatakan mereka tidak begitu mengetahui secara mendalam (mengenai mesyuarat) kerana usul-usul didatangkan dari atas ke bawah, ertinya ada semacam gerakan untuk menggesa beberapa bahagian tertentu untuk meluluskan usul-usul tertentu. Ini jarang berlaku,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, semalam.

“Selain daripada keanehan usul-usul yang tiba-tiba macam diatur untuk dibawa di peringkat bahagian seperti ada satu lagi keanehan dalam PAU kali ini di mana jurucakap yang lazimnya dilantik oleh negeri-negeri juga bertukar-tukar beberapa kali juga atas arahan daripada atas.

“Banyak negeri yang maklum kepada saya, mereka sudah memilih jurucakap dan sebahagian daripada jurucakap sudah dipanggil oleh pengerusi jawatankuasa penapis usul dan diberikan taklimat dan kemudian nama-nama itu diminta ditukarkan.

“Beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung, di mana beberapa keputusan dibuat hanya pengerusi badan perhubungan sahaja yang dibenarkan berucap mewakili negeri-negeri,” ujar Annuar.

Selain itu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu juga mempertikai keputusan supaya usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hanya dibahas di peringkat MKT sahaja, walhal pada lazimnya usul MKT dibahas oleh pihak perwakilan di PAU.

Beliau juga membidas ketetapan di mana ucapan presiden hanya dibahas oleh individu yang dilantik presiden menyebabkan baginya, ada keterbatasan untuk berbahas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat