Rangka Polisi Larang Orang Islam Terlibat Dengan Arak Kata Mufti Perlis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta mereka yang bertanggungjawab meluluskan kilang arak untuk terus beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohd Asri ia bertujuan untuk menjelaskan kepada masyarakat akan perkara yang sebenar.

“Dilaporkan, pihak kerajaan telah menarik kembali kelulusan dalam tempoh PKP untuk syarikat arak berkenaan . Alasan kerajaan, pihak Menteri berkaitan tidak dimaklumkan kelulusan itu.

“Justeru itu, adalah disyorkan individu yang menandatangani surat berkenaan tampil memberikan penjelasan kepada rakyat bagaimana hal itu boleh terjadi. Ia amat tidak wajar dan ramai yang ingin mengetahui alasan sebenar,” memetik kenyataan beliau di laman Facebook sebentar tadi.

Putrajaya dalam satu kenyataan semalam berkata kerajaan telah membatalkan kelulusan kontroversi yang diberikan kepada kilang arak Heineken untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP.

Menurut sumber keputusan membenarkan kilang itu terus beroperasi kerana ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan surat itu tanpa kelulusan menteri atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Asri seterusnya mencadangkan agar pihak kerajaan mengeluarkan polisi bagi menghalang orang Islam terlibat dalam sebarang urusan berkaitan arak.

“Mungkin juga YB Menteri Agama dapat membantu menjelaskan pendirian kerajaan dalam hal arak di negara ini.

“Semoga satu polisi yang lebih baik digubal agar tiada muslim yang boleh terlibat dengan apa-apa urus niaga arak.

“Termasuklah pekerja di kaunter pasaraya, kedai dan apa sahaja, muslim dilarang terlibat dalam urusan jualbeli arak. Ia memudaratkan diri dan tidak baik untuk orang lain. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat