Wanita rugi RM500,000 terjebak tawaran pelaburan tidak wujud

- Advertisement -

SEREMBAN – Seorang pesara wanita terjebak dengan tawaran menarik pelaburan tidak wujud melalui dalam talian sehingga terpaksa menanggung kerugian lebih RM500,000.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa membuat transaksi sebanyak 16 kali sejak 10 Disember hingga Januari lalu dan membuat laporan polis, semalam.

“Polis menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM512,200.

“Mangsa seorang wanita iaitu pesara pengurus di sebuah syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa berurusan melalui aplikasi Whatsapp dengan seorang individu yang tidak dikenali dan menyertai pelaburan dalam talian serta membuat pindahan wang sebanyak 16 kali transaksi.

“Mangsa memindahkan wang miliknya sendiri bermula dari 10 Disember tahun lalu sehingga 14 Januari dan mengalami kerugian berjumlah RM512,200,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan secara atas talian dengan keuntungan yang tinggi.

“Segera buat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Orang ramai juga menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat