6 PPS dibuka di Kuantan

- Advertisement -

KUANTAN – Seramai 1,310 mangsa banjir membabitkan 342 keluarga di pindahkan ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini setakat jam 2 petang, hari ini.

Menurut jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, enam PPS dibuka bermula 9 pagi tadi.

PPS Dewan Dato Manan dekat Pandan, di sini, menempatkan paling ramai mangsa banjir setakat ini iaitu seramai 560 orang daripada 140 mangsa diikuti PPS Wisma Belia (300 orang/92 keluarga).

Seterusnya PPS Dewan Orang Ramai Taman Tas (220 oang/55 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (143 orang/32 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (57 orang/12 keluarga) dan PPS Dewan Orang Ramai Jaya Gading (30 orang/11 keluarga).

Manakala tiga sungai di daerah ini masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Lembing dengan ketinggian sehinga 37.20 meter, Sungai Kuantan di Bukit Kenau (22.14 meter) serta Sungai Belat di Seri Damai (5.77 meter).

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat dan gambar lama berkaitan banjir di daerah ini di media sosial.

Ini berikutan tersebarnya gambar kejadian banjir tahun lalu di media sosial Whatsapp.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat