Gempa Bumi: Malaysia Hantar Pasukan SMART Bantu Turkiye

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata 75 anggota SMART akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Airlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi berkenaan.

“Proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Isnin lepas gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Setakat ini Kementerian Luar (Wisma Putra) melaporkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berkenaan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat