Onn Hafiz intai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi mungkin menjadi calon terbaharu yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan Pemuda UMNO pada 11 Mac 2023 nanti, setelah calon popular sebelum ini Sharil Hamdan digantung selama enam tahun.

Onn Hafiz dikatakan mempertimbangkan secara serius setelah menerima dorongan dari pelbagai pihak dalam UMNO, dan juga luar UMNO, yang mahu melihat UMNO kembali pulih.

Menurut salah pemimpin kanan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO, penyertaan Onn Hafiz dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO akan memberi kesegaran kepada parti yang tampak lesu sejak pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin kanan parti.

Bercakap atas syarat ketanpanamaan, pemimpin kanan tersebut menyatakan, Umno memerlukan rejuvenasi selepas kejutan PRU15 dan krisis dalam parti.

“Walaupun kita tidak berupaya membuat perubahan di peringkat tertinggi, namun kemasukan muka-muka baharu dalam kepimpinan utama parti seperti Naib Presiden, Ketua Wanita, ketua Pemuda dan Ketua Puteri mungkin akan memberi sinar di hujung terowong kepada parti ini,”.

Bagaimanapun sehingga laporan ini ditulis tiada sebarang maklum balas dari kem Menteri Besar Johor tersebut.

Beranikah Onn Hafiz?

Walaupun dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada Mac 2022, Onn Hafiz tidak menonjolkan diri dan lebih selesa bekerja secara senyap. Bagaimanpun kekalahan teruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menonjolkan Onn pada sisi lain.

Namun sehari selepas PRU15, Onn Hafiz menulis menggesa perubahan dalam kepimpinan UMNO bagi memulihkan parti tersebut dan Barisan Nasional.

“Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi ‘terkorban’, kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi. Kita semua sedia maklum bahawa tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah. Dengan penuh rasa hormat dan takzim, saya mohon supaya Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai Presiden dengan kadar segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak lakukan pada 2018.”

Saranan beliau ini kemudiannya menjadi momentum sehingga memaksa kepimpinan UMNO mengadakan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Momentum saranan perubahan kepimpinan UMNO juga memaksa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat Khairy Jamaluddin dan menggantung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Shahril Hmadan selama enam tahun.

Sekiranya Onn Hafiz memutuskan untuk bertanding dalam pemilihan ini beliau dijangka akan berhadapan cabaran Ketua UMNO Bahagian Subang, Senator Datuk Arman Azha bin Abu Hanifah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Penyandang sekarang Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti Mac ini.

Penyertaan Onn Hafiz beban kepada Zahid?

Presiden UMNO mungkin tidak gembira sekiranya Onn Hafiz membuat keputusan untuk bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau akan dilihat sebagai sekutu kem Hishammuddin-Khairy yang cuba memastikan UMNO tidak berada di bawah penguasaan kem Ahmad Zahid sepenuhnya.

Bagaimanpun hubungan rapat Onn hafiz dengan Datuk Seri Mohd Najib mungkin memberi kelebihan yang tidak disangka memandangkan bekas perdana menteri tersebut mempunyai sokongan yang signifikan dalam UMNO.

Mohd Najib secara peribadi beberapa kali turun membantu Onn dalam PRN Johor yang lalu.

Dari segi pengalaman dalam Pemuda Onn Hafiz mempunyai ramuan yang mencukupi untuk memimpin pemuda UMNO ke satu dimensi baharu.

Beliau memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Sembrong pada tahun 2006.

Kemudiannya memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong bagi penggal 2008 sebelum menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada penggal 2013-2018. Pada penggal 2013 juga Onn Hafiz memenangi jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Pertama kali bertanding pada PRU14 di DUN Johor kawasan Layang-Layang, Onn antara yang terselamat dari tsunami kekalahan UMNO ketika itu.

Dalam PRN15 Johor pula Onn diletakkan bertanding di DUN Machap dan memenanginya dan kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Berusia 44 tahun, Onn Hafiz juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor (2020-2022).

Sekiranya Onn memilih untuk mengambil cabaran ini, beliau akan meneruskan legasi  keluarga beliau yang mempunyai pengaruh politik sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Beliau bersusur galur kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Menteri Besar Johor pertama, Datuk Ja’afar Mohamed. Selain itu moyangnya, Datuk Onn Jaafar adalah pengasas UMNO, manakala datuknya,  Tun Hussien Onn adalah dan  Perdana Menteri Ketiga negara

Onn Hafiz juga bersaudara dengan mantan Perdana Menteri Keenam negara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan bekas Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin.

Onn Hafiz mempunyai segala ramuan untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia, persoalan sekarang terletak kepada beliau sama ada mahu menyahut cabaran tersebut atau sebaliknya.-SUARA.TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat