Rakyat sudah tidak percaya dengan Bersatu kata Isham Jalil

Kuala Lumpur – Barisan Nasional (BN) dilihat akan hilang sokongan daripada rakyat sekiranya meneruskan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya yang akan datang.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, meskipun rakyat tidak suka kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, namun sentimen politik telah pun berubah mengikut situasi semasa.

Menurutnya, sokongan rakyat dilihat sudah tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) akibat kegagalan pentadbirannya yang mana pada waktu itu turut dianggotai oleh Bersatu untuk menunaikan janji-janji pilihan raya sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.

“Bersatu juga berada dalam PH sebelum ini. Malah mereka yang mengetuai PH sebelum mereka melompat keluar dari gabungan tersebut untuk menyelamatkan diri dan membentuk Perikatan Nasional (PN) apabila mereka tahu PH telah hilang mandat dan sokongan rakyat.

“Walaupun telah melompat, namun mereka yang ada dalam Bersatu ini adalah orang-orang yang sama. Iaitu orang-orang yang khianati UMNO dan lompat parti, kemudian khianati PH serta jatuhkan kerajaan sendiri.

“Bolehkah kita percaya kepada orang-orang ini? Rakyat pun tidak percaya kepada mereka lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Isham berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan bahawa UMNO tidak boleh menang pilihan raya jika tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Mengulas lanjut, Isham berkata, beberapa tindakan terbaharu yang dilakukan oleh PH dan Bersatu juga membuktikan bahawa gabungan dan parti tersebut sedar yang sokongan rakyat sudah pun tidak memihak kepada mereka.

“Sebab itu mereka (Bersatu) takut Parlimen bersidang. Kini kedua-duanya iaitu PN terutama Bersatu dan juga PH takut untuk berhadapan dengan rakyat; satu tidak mahu pilihan raya (PH), dan satu lagi tidak mahu Parlimen dibuka (PN).

“Mereka tidak yakin rakyat akan sokong mereka. Malah, mengikut kajian-kajian terkini dari institusi bebas dari dalam dan luar negeri, sokongan dan keyakinan rakyat kepada mereka adalah rendah. Pelabur asing juga tidak yakin dengan mereka.

“Aliran modal negara berada di paras negatif lapan suku tahun berturut-turut sejak PH dan PN memerintah negara. Jika kita bekerjasama dalam pilihan raya dengan mereka ini, jadi kita pun akan terpalit sama dan akan rugi,” katanya.

Pada masa sama, Isham berkata, BN sedia menerima mana-mana pihak yang ikhlas ingin bekerjasama terutamanya Pas dengan syarat parti Islam tersebut tidak masuk campur dalam hal berkaitan pembahagian kerusi milik BN.

“Saya pasti Pas juga mempunyai sentimen yang sama terhadap Parti Amanah Negara. Kita perlu kukuhkan Muafakat Nasional.

“Namun sekiranya Pas memilih untuk tidak bersama kita tetapi mereka mahu bersama Bersatu dalam PN apabila menghadapi pilihan raya umum kelak, apakan daya itu pilihan mereka,” katanya.

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi,...

Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR - Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran...

2,063 Jangkitan Baru Covid-19, Lima Kes kematian Hari Ini

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,063 kes baharu dilaporkan bagi tempoh 24 jam yang laku menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 307,943 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr...