Penyatuan Melayu gagal ketika Mahathir jadi Presiden UMNO – Razlan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Perpecahan antara Melayu termasuk bermusuh dengan PAS sehingga mencetuskan isu kafir-mengkafir dilihat berlaku ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Razlan Rafii berkata, Mahathir sepatutnya berhenti mengkritik kelemahan pihak lain termasuk kerjasama Umno, PAS dan PPBM ketika ini, memandangkan beliau sendiri gagal menyatukan orang Melayu ketika memimpin negara.

“Isu kafir-mengkafir itu terjadi di zaman Mahathir sebagai presiden Umno. Sebaik beliau meninggalkan Umno, PAS dan Umno lebih kepada perjuangan dasar parti sehingga membawa kepada penyatuan dua parti Melayu terbesar,” katanya.

Jelas Razlan, sebelum Mahathir ingin menilai gabungan Umno, PAS dan PPBM melalui kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai tidak akan bertahan lama, bekas perdana menteri itu sepatutnya sedar dirinya sebenarnya sudah hilang prinsip apabila pernah mengkritik hebat DAP kononnya parti komunis dan membenci Melayu, sebaliknya sanggup bekerjasama untuk memuaskan nafsu politik.

“Itu sebab PH tidak bertahan lama, kerana Mahathir tidak ada prinsip apabila sekian lama melabelkan DAP sebagai parti komunis yang membenci orang Melayu, beliau pula bekerjasama dengan DAP demi nafsu politik.

“Mahathir adalah seorang yang praktikal dalam mengira undi. Beliau tahu di mana menguntungkannya sekiranya mahu mencapai apa diidamkan.

“Beliau sanggup bersama Mohamad Sabu (presiden Amanah) yang satu ketika dulu menggelarnya maha firaun. Beliau sanggup bekerja dengan PKR walaupun beliaulah yang memenjarakan Anwar Ibrahim,” katanya merujuk kepada tindakan Mahathir menyertai Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, DAP dan Amanah sebelum ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Mahathir mengenai kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM rapuh dan akan berpecah semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana tiga parti itu hanya bersama untuk kepentingan politik masing-masing, dan bukan berpandukan prinsip.

Mahathir juga yakin kerjasama PAS dan Umno yang kini diikat menerusi Muafakat Nasional, tidak akan bertahan berdasarkan sejarah hubungan mereka.

“Sebenarnya mereka (PAS-Umno) tidak pernah rapat. PAS telah mengutuk Umno sebagai kafir. Jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama apabila PAS berkata orang yang bekerjasama dengan kafir akan sendiri menjadi kafir,” kata Mahathir.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyanggah ramalan Mahathir yang menyifatkan kerjasama antara Umno, PAS dan PPBM sebagai rapuh dan berpecah dalam PRU akan datang.

Kata Annuar, memang tidak dinafikan untuk membentuk gabungan baru dan kerjasama tiga parti Melayu itu wujud perkara-perkara yang perlu dirunding serta diperkemas, dan beliau yakin usaha itu masih diteruskan.

“Ini (komen Mahathir) harus kita ambil secara positif,sebagai cabaran bahawa perpaduan Melayu dan penyatuan ummah yang gagal dibina di zaman Mahathir, mampu dilakukan pada generasi ini. PAS, PPBM, Umno mampu melakunya,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat