Kita usahakan PM sekarang tak lebih satu penggal tadbir negara – Pas

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari tiada apa yang ‘ajaib sangat’ dengan menghadkan tempoh Perdana Menteri selama dua penggal.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, langkah itu tidak mengenyangkan rakyat dan juga tidak menghilangkan tekanan kos sara hidup.

“Hakikatnya semua Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir berundur pada tahun 2003 tidak pernah mentadbir negara melebihi dua penggal.

“Bahkan dengan umur Perdana Menteri sekarang pun untuk beliau kekal sehingga melebihi dua penggal kelihatan agak mustahil (walaupun mungkin ia boleh berlaku),” ujar wakil rakyat Pas itu.

Berhubung Perdana Menteri sekarang Fadhli berkata, “Insya-Allah kita usahakan tidak lebih satu penggal mentadbir negara”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat