“Konsert Hitster Vol 1”, empat lagenda beraksi di Singapura, Nostalgia muzik melangkaui generasi

- Advertisement -

Industri muzik Asia Tenggara bakal digemparkan dengan kehadiran empat ikon legenda yang bersatu untuk menghidupkan nostalgia dan menyatukan jiwa generasi lama serta baharu. KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT, yang bakal berlangsung pada 1 Februari 2025 di THE STAR THEATRE, Singapura, menjanjikan malam yang penuh magis dengan gabungan Dato’ Nash, Zamani, Ameng Spring, dan Jatt Ali.

Konsert ini bukan sahaja menampilkan nama besar, tetapi juga membuktikan bahawa muzik memiliki kuasa untuk merentasi sempadan, generasi, dan waktu. Para otai ini bukan sahaja dikenali kerana karya mereka yang pernah menguasai carta muzik, tetapi juga kerana keupayaan mereka untuk terus relevan dalam industri yang sentiasa berubah.

Meskipun masing-masing telah lama mewarnai industri, ini adalah kali pertama keempat-empat vokalis legenda ini berkongsi pentas. Dato’ Nash, frontman Lefthanded yang dikenali dengan lagu malar segar seperti Pada Syurga Di Wajahmu, akan bersama-sama Zamani, suara emas Slam yang sinonim dengan balada Tak Mungkin Berpaling. Ameng Spring pula akan membawa penonton mengimbau kenangan dengan lagu-lagu seperti Sampai Hati, manakala Jatt Ali dari Black Dog Bone akan menyerlahkan kehebatannya melalui hits seperti Khayalan.

“Ini adalah penghormatan yang besar untuk saya, lebih-lebih lagi dapat berkongsi pentas bersama tiga legenda lain,” ujar Zamani. “Kami berempat membawa identiti muzik yang berbeza, dan saya yakin malam itu akan menjadi sesuatu yang luar biasa.”

KONSERT HITSTER VOL 1 bukan sekadar konsert, tetapi satu platform untuk menghubungkan generasi. Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan tidak hanya menggamit memori, tetapi turut memperkenalkan muzik era kegemilangan kepada generasi muda.

“Konsep ini sangat istimewa kerana ia bukan hanya untuk peminat lama tetapi juga untuk mereka yang ingin mengenali seni suara lagenda-lagenda ini,” kata Atrez, Pengarah Urusan MUSE+. “Muzik adalah bahasa universal, dan kami percaya persembahan ini akan menyentuh hati semua yang hadir.”

Bagi memastikan semua peminat dapat menikmati pengalaman ini, MUSE+ menawarkan tiket dalam beberapa kategori, bermula dari $98 (GOLD) sehingga $248 (VIP & MEET & GREET). Peminat juga berpeluang bertemu secara peribadi dengan artis kegemaran mereka melalui pakej eksklusif. Tiket boleh didapati melalui laman web rasmi WWW.STARTIX.SG.

KONSERT HITSTER VOL 1 dijangka menjadi pencetus kepada lebih banyak acara serupa di masa hadapan. Atrez turut memberi bayangan bahawa selepas kejayaan edisi ini, mereka mungkin akan membawa nama-nama legenda wanita untuk siri konsert yang akan datang.

“Bukan mudah mengumpulkan figura besar ini di atas satu pentas, tetapi usaha ini sangat berbaloi. Kami harap ini menjadi langkah pertama untuk meraikan muzik dari pelbagai generasi dan latar belakang,” tambah Atrez.

Maklumat Acara

  • ACARA: KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT
  • ARTIS: DATO’ NASH, ZAMANI, JATT ALI, AMENG SPRING
  • LOKASI: THE STAR THEATRE, SINGAPORE
  • TARIKH: 1 FEBRUARI 2025
  • MASA: 8 MALAM
  • HARGA TIKET: $98 (GOLD), $128 (PLATINUM), $148 (DIAMOND), $248 (VIP & MEET & GREET)
  • PEMBELIAN TIKET: WWW.STARTIX.SG

Untuk pencinta muzik, ini adalah peluang untuk menyaksikan sejarah dicipta di hadapan mata. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati malam yang bakal dikenang sebagai salah satu konsert paling epik di rantau ini.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat