Hakim selar Pejabat Peguam Negara gagal jawab status Titah Addendum

- Advertisement -

Putrajaya: Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak mengenai isu tahanan rumah mengkritik Pejabat Peguam Negara kerana gagal mengesahkan ketulenan Titah Addendum yang menjadi pertikaian.

Salah seorang panel hakim, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata, beliau ‘terganggu’ tindakan responden (pendakwaan) yang gagal mencabar atau mengedahkan kewujudan Titah Addendum tersebut.

“Semasa prosiding yang lalu, kamu memberitahu panel, kamu memerlukan masa untuk mengesahkan sama ada draf adendum itu berasal dari pihak istana sendiri.

“Namun, di hadapan kami hari ini, ketika saya bersiap sedia untuk mendengar rayuan ini, apa yang saya lihat adalah kenyataan daripada Istana, saya terganggu.

“Tiada surat dari AGC atau responden lain yang mencabar adendum ini… seolah-olah kamu mengakui kewujudan adendum ini,” katanya.

Prosiding mahkamah ditangguhkan ke jam 1 tengah hari.

Prosiding hari ini didengar panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat