Umrah ditangguh sebulan, perinci SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan menangguhkan sementara perjalanan umrah bagi tempoh sebulan, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keputusan itu diambil untuk memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

Ujar Khairy, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara terbabit, sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.

“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.

“Kita akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan sekarang kerana terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat