Setuju letak jawatan tapi UMNO mesti ada hala tuju- Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat penegasan bahawa beliau tiada masalah sekiranya UMNO menginginkan menteri-menterinya melepaskan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) tapi bersyarat.

Katanya, beliau tidak akan ingkar arahan jika parti menginginkan jawatan menteri yang disandang dikosongkan namun, UMNO harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan kehadapan parti.

Ahli Parlimen Semberong itu mengingatkan agar UMNO membuat pertimbangan tidak bersandarkan emosi dan kesan jangka masa pendek.

“Saya mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam UMNO dan ramai
bertanya apakah respon saya. Sekiranya parti memutuskan semua Menteri UMNO
perlu letak jawatan, saya akan patuh dan letak jawatan.

“ Walaubagaimanapun, dalam menentukan kerjasama politik, UMNO harus mempunyai pedoman jelas,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hal ini kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Hishammuddin membangkitkan persoalan jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa UMNO akan bekerjasama menjelang PRU15.

“Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR? Atau bersendirian?

“Perancangan kerjasama politik UMNO harus dibuat dengan teliti kerana pilihan raya bukannya esok. UMNO mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan,” tegas beliau.

Justeru, Hishammuddin menambah, iktibar yang harus diambil oleh UMNO adalah kita (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14.

“Daripada 133 kerusi yang kita menangi pada PRU-13. Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi. Kita harus insaf dari pengalaman ini.

“ Tambahan, kita masih berperang dengan Covid-19. Kes harian masih tinggi. Negara juga sedang dilanda banjir.

“Ekonomi juga sedang dipulihkan. Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat. Parti UMNO sedang diberi peluang untuk buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kita prihatin, berkemampuan, dan bersungguhsungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Beliau mengingatkan bahawa pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan
Covid-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin.

“Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan.

“ Kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan bermesyuarat pada malam ini, biar ahli parti dan rakyat jelas apa sebenarnya UMNO inginkan. Putuskanlah yang terbaik,” pesan Hishammuddin lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat