Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu dijangka fokus MT malam ini

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat itu yang dijadualkan pada 8.30 malam akan menyusuli mesyuarat Biro Politik UMNO yang bakal berlangsung pada 3 petang dengan kehadiran semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Desas-desus UMNO mahu meninggalkan PN yang diterajui Bersatu semakin hangat diperkatakan selepas Tan Sri Annuar Musa yang disifatkan “mesra Bersatu” digugurkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dalam kenyataannya mengesahkan tindak-tanduk Annuar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti.

Shahril juga mengesahkan MT akan membincangkan segala kemungkinan termasuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, susulan usul daripada 140 UMNO bahagian.

Mengenai arahan UMNO agar ahli Parlimennya menarik balik sokongan terhadap PN, Shahril berkata: “MT UMNO akan berbincang segala kemungkinan.”

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan