PPBM Tidak Berlaku Adil Terhadap UMNO – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO kesal dengan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak berlaku adil kepada mereka walaupun UMNO adalah penyumbang terbesar pembetukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Menurut bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi, ketidakadilan PPBM tersebut tidak disenangi oleh akar umbi UMNO dan menyebabkan lebih 140 Bahagian UMNO yang telah melakukan Persidangan Tahunan menyuarakan agar menolak serta mendesak kepimpinan tertinggi UMNO supaya menarik balik sokongan kerjasama politik dengan PPBM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Tegasnya, dalam Agama Islam meletakkan keadilan itu perlulah kena dengan tempatnya.

“Keadilan juga adalah perkara yang dituntut di dalam Islam terutamanya di kalangan pemerintah.

“ Pemerintah perlu berlaku adil kepada rakyat dan sesama pemerintah yang lain. Begitu juga dengan rakyat yang perlu berlaku adil kepda pemerintah dan sesama rakyat yang lain.

“Keadilan juga merupakan kunci utama di dalam menentukan kestabilan sesebuah kerajaan,” kata beliau melalui facebooknya.

Ujarnya lagi, jika kerajaan hari ini berlaku adil, pasti negara dalam keadaan stabil serta mampu melaksanakan pembangunan tanpa berasa risau akan perpecahan.

Perpecahan yang berlaku sekarang katanya, disebabkan ketidakadilan kerajaan terhadap rakan gabungan politik mereka yang lain terutamanya UMNO.

“Kerajaan yang tidak stabil tidak mampu menjalankan agenda pembangunan dengan baik kerana tidak mendapat sokongan serta perlu memberi perhatian terhadap isu-isu perpecahan tersebut.

“Kerajaan yang tidak stabil tidak mampu menjalankan agenda pembangunan dengan baik kerana tidak mendapat sokongan serta perlu memberi perhatian terhadap isu-isu perpecahan tersebut,” katanya. SuaraTV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat