PAS tidak kecil hati dengan UMNO, teruskan usaha penyatuan – Ahmad Yakob

Shuk Sahar sah digantung perkhidmatan sementara di Hot FM

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk digantung serta...

‘Saya setia jaga isteri kerana cinta dan kasih sayang’

Kuala Lumpur: Pelakon Edika Yusof, 54, enggan mengulas pujian warganet yang membandingkan kesetiaannya terhadap isteri, Norhidayah Yusri, 43, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu...

Joe Flizzow lebih tenang selepas kahwin

KUALA LUMPUR: Penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow menyifatkan kehidupannya sangat bahagia dan lebih sempurna selepas tujuh bulan memegang status suami. Joe atau nama sebenarnya, Johan...

Subjek ‘dalam kain’ umpan penonton

KUALA LUMPUR: Terlalu teruja menggeletek hati penonton membuatkan segelintir pelawak terlupa aksi dan dialog dilontarkan keterlaluan serta berunsur lucah yang boleh diertikan sebagai 'double...

Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun...

KOTA BHARU: PAS sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan, termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.

“Sebenarnya kita bersyukur kerana selepas 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dengan keadaan yang kita lihat memberi kesan yang amat besar kepada orang Melayu dan juga kedudukan Islam.

“Apabila dapat bertukar kerajaan, ia adalah satu rahmat kepada kita dan sekarang ini kita kena bina dan sedar matlamat kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim di Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, melahirkan rasa syukur kerana dapat membentuk dan mengambil satu kerajaan yang boleh membela semula nasib rakyat.

“Usaha (membentuk kerajaan) itu penting. Kita akan terus berjuang sedaya upaya kita,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memaklumkan, pihaknya menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya membuat kajian semula kerjasama, berdasarkan sikap PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Selepas setahun kes pertama Covid-19, kami masih setia berjuang’ – KKM

CYBERJAYA: Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak Covid-19 setelah setahun kes pertama dikesan dinegara ini setahun...

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...