Pihak berkuasa perlu lebih proaktif bantu mangsa banjir di pedalaman – Al-Sultan Abdullah

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan pihak berkuasa supaya lebih proaktif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap di pedalaman.

Seri Paduka bertitah, baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membaca beberapa status meminta pertolongan yang dimuat naik di media sosial seperti Twitter oleh mereka yang terdesak meminta bantuan.

“… ada pihak yang mengatakan mereka terperangkap di satu tempat dan tidak ada bantuan. Saya harap kita dapat segera bantu mereka dan pastikan mereka ini selamat.

“Pihak berkaitan perlu lebih aktif dan yang mana mempunyai helikopter boleh memainkan peranan lebih aktif meninjau kawasan supaya dapat mempercepatkan bantuan pada waktu kecemasan,” titah Seri Paduka.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) Wisma Belia di sini, untuk menyantuni mangsa banjir dengan diiringi oleh anakanda, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Seri Paduka yang mengenakan pakaian seragam tentera juga menzahirkan simpati dan dukacita kepada mangsa banjir di Pahang dan Malaysia amnya dan berharap rakyat menerima bantuan sewajarnya untuk meringankan beban mereka berdepan situasi sukar ini.

“Kita semua sedang menghadapi ujian besar dan saya berharap semua yang terlibat dapat bersabar. Bagaimanapun, dalam keadaan ini, saya berharap semua pihak dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 supaya tidak ada petugas atau mangsa (banjir) dijangkiti,” katanya.

Pada program itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan barangan bantuan seperti sabun antibakteria dan makanan ringan kepada 178 mangsa daripada 43 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut.

Sementara Al-Sultan Abdullah menyantuni mangsa banjir, Raja Permaisuri Agong pula meneruskan rutin menyinsing lengan baju bagi menyediakan juadah kepada mangsa banjir, di PPS Sri Damai di sini, yang menempatkan 128 orang daripada 49 keluarga.

Antara juadah yang disediakan dengan bantuan pelajar tahun akhir diploma penyediaan makanan Kolej Universiti Yayasan Pahang ialah ayam masak kicap halia, kobis masak lemak, sardin goreng dan telur asin.

Pelajar Izzudin Mat Zin, 20, mengakui kagum dengan kecekapan Raja Permaisuri Agong memasak dalam jumlah yang banyak dan dalam kesibukan memasak, berupaya menyelia dapur dengan teratur membolehkan semua hidangan disiapkan dalam tempoh segera.

“Saya juga mendapat ilmu baharu apabila Raja Permaisuri Agong menegur cara saya memotong bahan mentah. Tak sangka, walaupun sibuk menjaga dua juadah yang sedang dimasak, Seri Paduka masih dapat memerhatikan cara saya membuat kerja,” katanya.

Rakan sekelasnya, Muhammad Ariff Hashim, 23, pula menyifatkan peluang memasak bersama Seri Paduka sebagai peluang untuk belajar resepi Tunku Azizah yang sememangnya dikenali dalam dunia masakan.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...