Pendakwaan Politik Punca UMNO Panas Hati dengan PN – Ahmad

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan salah satu sebab utama UMNO tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad yang kini juga Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) juga antara salah seorang pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah menegaskan bahawa perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati UMNO dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Ahmad menambah, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarnang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

Ahmad kini sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Selain Ahmad, pemimpin UMNO lain yang dibicarakan atas tuduhan rasuah termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Ketika kerajaan PN ditubuhkan Mac tahun lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan yang beliau akan membentuk Kabinet yang bersih dan meneruskan agenda antirasuah.

Dalam sesi dialog itu, Ahmad yang merupakan ahli Parlimen Pontian merujuk kompaun dan permohonan pelucuthakan yang dimulakan SPRM terhadap mereka yang didakwa menerima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB daripada Najib.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) .

“Ada yang dapat RM50,000 daripada presiden (Najib), tetapi disuruh bayar kompaun RM2.5 juta. Itu kegilaan yang melampau dan kezaliman yang tahap tinggi,” dakwa Ahmad.

Seksyen 92(1) Amla menyatakan bahawa kompaun hanya boleh dikenakan tidak lebih 2.5 kali ganda daripada jumlah yang diterima.

Ini bermakna pihak yang menerima dana haram berjumlah RM50,000 hanya boleh didenda dengan kompaun sehingga RM125,000 sahaja.

Bagaimanapun, seorang pemimpin UMNO, Shahrir dikenakan kompaun RM2.5 juta.

Shahrir berdepan tuduhan pengubahan wang haram dengan menerima RM1 juta wang berkaitan 1MDB daripada Najib, dan ditawarkan untuk membayar kompaun RM2.5 juta daripada SPRM.

Malam ini, Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan bagi membincangkan usul yang disokong 189 daripada 191 bahagian parti, untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...