HSR: Penjimatan Kos Sebanyak 30 Peratus Jika Peranan AssetCo Dikaji Semula

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pembatalan projek High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura bakal menjimatkan sekitar 30% jika peranan Asset Company (AssetCo) dikaji semula, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapa Mohamed.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia hanya melakukan kajian semula dan mendapati perjanjian penubuhan AssetCo akan membebankan kerajaan Malaysia pada masa hadapan. Ini termasuk katanya jaminan pendapan RM60 bilion dalam masa 30 tahun atau RM2 bilion setahun.

“Kajian Malaysia mendapati angka ini boleh dikurangkan sehingga 30% jika peranan AssetCo dikaji semula.” Jelas beliau.

Tegasnya, tiada mana-mana negara di dunia menggunakan model AssetCo.

“AssetCo ini agak teknikal, satu kaedah sepertimana sistem dan gerabak keretapi itu akan diuruskan oleh satu syarikat dimana melibatkan kerjasama Malaysia dan Singapura.

“Dimana akan diadakan tender antarabangsa untuk melantik AssetCo tersebut,

“Pada pandangan Malaysia, kaedah yang telah dipersetujui pada 2016 akan menyebabkan kos itu akan meningkat, jadi sebab Malaysia membuat keputusan melihat semula model AssetCo ini kerana kita mahukan penjimatan kos,” tegasnya.

Disamping kata beliau lagi, dengan melihat semula model AssetCo ini adalah relevan jika dilihat dalam kontek negara yang sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Kemunculan COVID-19 telah memaksa Kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan kos beberapa projek mega serta mengenal pasti strategi bagi memulihkan ekonomi negara pasca COVID-19.

“Perkembangan ini menyebabkan syarat asal Perjanjian Dua Hala yang dimeterai pada tahun 2016, tidak lagi berdaya maju bagi Malaysia. Kita terpaksa meneliti semula keseluruhan struktur projek dan model perniagaan yang termaktub dalam perjanjian tersebut pada bulan Mei 2020,

“Pihak Singapura telah bersetuju untuk memberikan penangguhan terakhir bagi melaksana projek ini sehingga akhir tahun 2020. Kita telah menggunakan ruang ini untuk mengkaji semula keseluruhan projek ini. Kajian itu termasuklah struktur projek, model perniagaan (business model), reka bentuk infrastruktur dan sistem,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat